Boo... Umno memang suka boo
Oleh Daud Ibrahim
Bila Pemuda Umno boo Pemuda (Armada) Bersatu Perak, saya tertawa kecil.
Apa yg Pemuda Umno ada? Selepas KJ meninggalkan kepimpinan Pemuda Umno,
yg pimpin Pemuda skrg, terdiri dari KOK (Kumpulan Orang Kalah).
Apa
yg boleh diharapkan? Tahun 2015, Ketua Umno Bahagian Gopeng Hamzah
Kassim kena boo dlm Perhimpunan Agung Umno. KJ sendiri, suatu ketika,
kena boo bila namanya disebut oleh Presiden Umno.
Tapi, yg jadi tukang boo sekarang jadi apa? KJ jadi apa?
Mereka boo Armada Bersatu, mereka dpt apa? Armada Bersatu Perak, malahan menjanjikan sokongan tidak berbelah bahagi kpd calon BN di PRK DUN Slim...
Berjiwa besar dia, walaupun badan dia kecil. Yg tukang boo, dpt RM50? Kalau tak dpt, buat penat aje mengeboo...
Bila saya baca berita Pemuda Umno boo Armada Perak di Slim, saya terfikir utk menulis sesuatu. Saya tahu, siri tulisan saya ini cukup menyakitkan kpd mereka yg meletakan lidah di hadapan otaknya.
Tetapi yg meletakan otak di depan lidah, pasti merek mengakui, kebenaran perlu ditegakkan.
Org Umno, bila seseorang itu ada duit, ada kuasa, mereka sanjung dan mereka puja.
Bila org itu habis duit dan hilang kuasa, semua aib org dia akan kirai.
Tengoklah... tunggulah... dah banyak berlaku.
Yg membantu mereka, mereka boo. Yg menentang mereka, tidak pula mereka boo.
Umno boleh menang PRU15 dengan berbekalkan boo ini? Tolong jawab sikit... ingatkan, bila Pemuda Umno dipimpin mereka yg berjanggut sejemput, akhlak mereka baik. Rupanya tidak.
Ingatlah, akhlak lebih utama dari ilmu. Tiada guna berilmu, jika akhlak buruk.
Bacalah sejarah Pemuda Umno... mereka tahu ke sejarah perjuangan Pemuda Umno? Adakah boo salah satu agenda perjuangan dlm Pemuda? Dulu, memang tak ada....
Di Perak, pihak yg awak boo itu adalah pihak yg sedang berkuasa. Menang satu kerusi DUN pun, Bersatu menjadi MB Perak. Tahu ke?
Sebab apa?
Jadi, janganlah buat sebarangan dengan Bersatu. Walaupun awak benci mcm mana pun, di Perak, Bersatu merupakan ‘parti keramat’. Di Johor, berubah kerajaan Persekutuan, bertukar MB. Di Perak, kekal.
Buatlah kajian sikit. Saya percaya Armada Perak sudah memaafkan peristiwa semalam, tetapi, tiada sesiapa boleh melupakan.
Buat kerjalah Pemuda Umno. Jgn masih berlagak dengan baju korporat yg tidak memberi apa2 kelebihan kpd perjuangan parti itu. Perak, negeri di mana Presiden Umno datang. Jagalah nama baik Umno Perak.
Kalau tak suka Armada Bersatu datang ke program, beritahu awal2. Katakan kpd mereka, program ini hanya utk Umno sahaja.
Nanti, masa berkempen beritahu, kami nak undi dari ahli Umno sahaja. Yg bukan ahli Umno kami tidak perlukan undi kamu semua.
Berani berkempen mcm tu?
Kalau berani, cuba buat sekali.
Luka yg kamu buat ke atas Presiden Bersatu, TSMY belum pulih, kini kami buat pula kpd Armada Bersatu. Sombongnya kamu.
Masih tak belajar apa2 selepas tersembam ke tanah dlm PRU14?
Kalau tak sempat belajar, kesihanlah nasib kalian semua.
Sebenarnya Bersatu yg kamu boo itu, yg kamu sekat dulu dari didaftarkan, yg kamu larang penggunaan perkataan “Bersatu”, yg kamu arah dibubarkan, ialah sebuah parti yg kini menjadi pemerintah di Malaysia dan pemerintah di Perak.
Kamu tahukan? Kalau kamu tahu, hormatlah sikit, supaya org lain boleh hormat kamu. Usah sombong bro.... sombong ini akan bersama-sama kamu dikuburkan nanti.
Ingat yer, menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tidak berguna.
Dah berkawan dengan PAS, sepatutnya sudah mula hadir usrah, tazkirah dan kuliah2. Takkan masih mcm dulu lagi...
Kamu boo ke, kamu bertempik ke, kamu menjerit ke.... sikit pun tidak menyebabkan hujan dari bumi naik ke langit.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.