Layanan dua darjat: KKM diminta beri penjelasan
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memberikan penjelasan berhubung kompaun yang dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah termasuklah menteri kerana ingkar perintah kuarantin Covid-19 selepas pulang dari luar negara.
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, apabila timbul isu ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat berhubung kompaun yang dikenakan itu, maka adalah wajar bagi KKM tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, KKM mungkin mempunyai alasan yang tersendiri dalam menentukan jumlah kompaun yang dikenakan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
“Apabila isu ini mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, jadi saya cadangkan KKM memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini agar ia dapat diselesaikan.
“Mungkin kompaun atau denda yang dikenakan itu bergantung kepada garis panduan atau kesan terhadap kesalahan dilakukan dan perkara ini perlu diperincikan oleh KKM sendiri,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kompaun yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kerana ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari luar negara.
Mohd Khairuddin dikenakan denda sebanyak RM1,000 oleh KKM namun denda itu dilihat terlalu ringan kerana umum mengetahui bahawa nilai denda tersebut amat kecil bagi seorang menteri.
Sedangkan pencetus Kluster Sivagangga di Kedah dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000 kerana tidak mematuhi tempoh kuarantin wajib di rumah manakala seorang wanita warga emas di Ipoh, Perak dipenjara sehari dan didenda RM8,000 setelah mengaku bersalah melanggar kuarantin di rumah apabila keluar menjamu selera.
Mengulas lanjut, Lam Thye bagaimanapun memuji tindakan yang dilakukan oleh KKM terhadap mereka yang melanggar peraturan dan tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan tanpa mengira sama ada mereka itu ahli politik, menteri mahupun orang awam.“Apa yang saya lihat tindakan mengenakan kompaun dan denda ke atas mereka yang didapati bersalah itu adalah satu tindakan tepat serta adil.
“Bagaimanapun, kadar atau jumlah kompaun itu bergantung kepada KKM dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci mengapa berlaku perbezaan dalam kadar yang dikenakan sebagaimana diperkatakan ketika ini,” jelasnya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.