https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pas cuba kelirukan penolakan pembangkang

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Nampaknya Pas cuba kelirukan penolakan pembangkang terhadap peruntukan tambahan untuk besarkan saiz Kabinet dan jumlah timbalan menteri.

Ia tiada kena mengena dengan bajet tangani Covid19 atau keperluan rakyat di zaman bermasalah ini. 

Tambahan bajet itu untuk kepentingan politik sempit kerajaan Perikatan Nasional yang rapuh itu.


Sikap pembangkang itu sebenarnya penentangan terbuka terhadap pembaziran wang awam untuk kekalkan kerajaan tanpa mandat rakyat.

 Kerajaan ini juga tidak berani berdepan media. 

Sidang akhbar perdana menteri dan menteri-menteri kini amat terhad dan terbatas kepada wakil media tertentu sahaja.

Muhyiddin Yassin sendiri dedahkan "Scheme of Things" dalam mesyuarat Bersatu, tentang strateginya untuk menambat-membeli sokongan politik wakil-wakil rakyat dengan mengumpan jawatan menteri, timbalan menteri, ketua agensi dan pengerusi GLC. 

Justeru peruntukan turut bertambah. 

 Itupun hanya mampu mengikat sekitar 111 ahli Parlimen sahaja.

Kerajaan tebuk atap atau pintu belakang yang cukup goyah dan tiada kekuatan moral.

 Sekali khianat dan berkomplot ..

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.