https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pasca Penyertaan Azmin Ke Bersatu

OlehMohd Yusri Ibrahim

Pasca PRU14, Umno-Pas mengemudi bahtera mereka jauh ke sisi kanan dengan menyemarakkan sentimen Melayu-Muslim.

Strategi tersebut berjaya meraih sokongan segera komuniti lingkaran Melayu (Malay belt), apatah lagi dengan termeterainya piagam Muafakat Nasional.

Walaupun aliran kanan yang diperkasakan itu merisikokan sokongan Borneo kepada BN, namun sekurang-kurangnya sentimen itu meraih pulangan segera di Semenanjung.

Inilah yang diperhati sepanjang kempen PRK bermula dari Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Chini dan terbaru di Slim yang sedang berjalan.

Awalnya saya menjangkakan sentimen sokongan kepada kombinasi aliran kanan Umno-Pas ini akan berterusan sehingga PRU15, membolehkan kolisi ini menyapu bersih kawasan tradisi Melayu-Muslim.

Namun keputusan blok Azmin menyertai Bersatu, keputusan Bersatu menyertai MN, serta keputusan Pas menyertai PN sekali lagi bakal merubah pola sokongan politik tanah air.

Dengan keberadaan Bersatu dalam kolisi Umno-Pas, pakatan tersebut bukan lagi dilihat kanan sepenuhnya, apatah lagi dengan keberadaan kumpulan Azmin yang sangat bertentangan dengan nilai2 kanan tersebut.

Menerima aspirasi perjuangan Azmin dan bloknya dalam gabungan mereka mungkin menguntungkan dalam beberapa aspek, namun agak janggal untuk Umno-Pas terus melagukan genre asal mereka dengan perikatan baru ini.

Saya melihat penyertaan kumpulan Azmin ke dalam Bersatu, serta penyertaan Bersatu ke dalam gabungan Umno-Pas akan membuka kembali gelanggang permainan, Umno-Pas yang sebelum ini kelihatan selesa perlu menilai semula kondisi semasa.

Cumanya kelebihan Umno-Pas-Bersatu sekarang adalah mereka tidak diberi saingan sengit oleh PH yang mengetuai pembangkang, menyebabkan mereka mempunyai banyak masa untuk merencana strategi.

Pasca pertelingkahan menamakan calon PM baru2 ini, PH seperti tiada halatuju politik, berpusing-pusing di tempat sama seperti lepas makan ubi gadong di musim tengkujuh.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.