Perdana
Menteri, Muhyiddin Yassin digesa menggugurkan Khairuddin Aman Razali
sebagai menteri kabinet bagi mempertahankan prinsip tanggungjawab dan
kebertanggungjawaban dalam pentadbirannya, kata peguam Haniff Khatri
Abdullah.
Selain itu, katanya, Muhyiddin juga semalam bercakap mengenai tanggungjawab dan kebertanggungjawaban dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
“Justeru,
apabila Khairuddin sendiri mengingkari undang-undang dan peraturan yang
diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Muhyiddin
sendiri, secara khususnya keperluan kuarantin kendiri yang mulai
berkuatkuasa pada 10 Jun2020, maka wajib dan wajar untuk Muhyiddin
menggugurkan Khairuddin daripada jemaah menteri tanpa syarat dan dengan
serta -merta.
“Jika
tidak, Muhyiddin sebagai perdana menteri akan memberi isyarat buruk
kepada rakyat bahawa, walaupun Muhyiddin mengatakan tidak ada sesiapa
yang boleh mengatasi undang-undang, tetapi ia cuma sekadar omong-omong
kosong dan cakap tak serupa bikin sahaja,” tegas Haniff dalam satu
kenyataan.
Khairuddin
yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi didapati
gagal melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari selepas pulang dari
Turki.
Anggota Parlimen Kuala Nerus itu tiba di negara ini pada 7 Julai dan hadir di Dewan Rakyat kurang seminggu kemudian.
Khairuddin
kemudian mengakui kesalahan tersebut dan menawarkan gajinya sebagai
menteri selama empat bulan untuk disumbangkan kepada tabung Covid-19.
Dia juga dikompaun maksimum RM1,000.
Meskipun membuat permohonan maaf, Khairuddin mengetepikan gesaan sesetengah pihak agar dia meletakkan jawatan.
Katanya dia tidak melakukan sebarang kesilapan, sebaliknya hanya khilaf dalam isu prosedur operasi standard (SOP).
Pada
31 Ogos, mursyidul am PAS Hashim Jasin mengibaratkan Khairuddin seperti
burung hudhud dalam kisah Nabi Sulaiman yang menurutnya wajar diangkat
sebagai hero.
Semalam pula, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata tindakan tegas untuk memecat hanya akan diambil sekiranya ahli parti berbuat maksiat yang bercanggah dengan Islam dan moral.
'Gugurkan Khairuddin segera atau PM omong kosong'
Reviewed by editorreformis
on
September 02, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Sheridan Mahavera TAHUN lalu, pemimpin DAP Liew Chin Tong meramalkan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan sepenggal...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.