PARA pemimpin Umno masih melihat Najib Razak sebagai satu aset
berharga kepada parti walau majoriti rakyat mengakui bekas perdana
menteri itu melakukan rasuah dan penyelewengan.
Seorang pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berpendapat, kajian
menunjukkan rakyat masih berbelah bahagi kerana 47% masih tidak menerima
keputusan tersebut.
Katanya ia memberi gambaran hampir 50:50 pengundi Melayu bersetuju dan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
“Maknanya yang menghairankan ramai juga yang tak boleh terima keputusan itu, 43%.
“Kalau perkara itu isu utama pada pilihan raya lepas yang sebabkan
kekalahan Umno dan BN, kenapa ada orang yang tak setuju? Itu dikira
(lebih kurang) 50:50 jugalah.
“Tapi keputusan itu dibuat oleh mahkamah, cuma dari segi politik
ramai juga yang tak setuju dengan keputusan itu,” kata Nur Jazlan
Beliau bagaimanapun mengakui, dinamik politik tanah air boleh
berubah-ubah dan Najib yang juga ahli Parlimen Pekan itu kini mempunyai
pengikut yang ramai.
“Dari segi sokongan parti memanglah Najib itu aset,” kata bekas menteri dalam Kabinet Najib itu.
Beliau mengulas kajian yang mendapati 57% pengundi Melayu menerima
keputusan mahkamah yang mendapati Najib bersalah bagi kes penyelewengan
RM42 juta dana SRC International.
Kajian itu juga mendapati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima sokongan majoriti rakyat Malaysia.
Kajian itu mendedahkan tujuh daripada 10, atau 69% pengundi
berpendapat Muhyiddin sudah menjalankan tugas yang baik sebagai perdana
menteri.
Seramai 65% pengundi India dan 33% Cina juga berpuas hati dengan pentadbiran beliau.
Namun menurut Nur Jazlan, ia tidak menggambarkan sokongan sebenar dari kalangan pengundi Umno.
“Bila masuk pilihan raya nanti, tinjauan Merdeka Center itu tak
menggambarkan keadaan sebenar sama ada penyokong Umno akan sokong
Muhyiddin, sebab kajian itu menunjukkan ramai suka Muhyiddin.
“Sebelum ini pun, rating Najib tinggi sebelum kalah PRU14,” kata Nur Jazlan.
Jelasnya ia tidak boleh dijadikan sandaran utama kerana ia merupakan kajian berdasarkan masa lampau.
“Kita nampak lepas Najib (dijatuhkan hukuman), ramai juga orang tak
boleh terima keputusan itu, maknanya semua rating hanya pada waktu lalu
sahaja,” tambahnya.
Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam juga sependapat
dan menegaskan pola penolakan rakyat terhadap keputusan itu boleh
dilihat secara jelas tanpa menggunakan kaji selidik.
“Maknanya baguslah, ada 43% lagi yang tak percaya dengan keputusan mahkamah. Zaman sekarang tak perlu buat kajian.
“Pola pemikiran rakyat dan kehendak mereka boleh didapati melalui
respon yang rakyat buat melalui (media sosial) sama ada kepada kerajaan
atau pembangkang.
“Tak payah bayar berjuta-juta ringgit buat kajian,” kata Lokman.
Najib didapati bersalah oleh mahkamah pada 28 Julai dan dijatuhi
hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan salah guna
kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah.
Hukuman yang akan dijalankan serentak itu kini ditangguhkan untuk proses rayuan.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata kes Najib merupakan pengkhianatan kepada negara dan kes salah guna kuasa paling serius dalam sejarah Malaysia.
Menurut Nazlan, kesalahan itu juga sangat berat kerana Najib
meluluskan pinjaman RM4 bilion dari dana persaraan perkhidmatan awam
kepada SRC semasa menjadi perdana menteri.
Sebaik kerajaannya tewas dalam pilihan raya 2018, Najib menggerakkan
kempen “Bossku” untuk kembali popular dengan mendekati rakyat dan
menangkis tuduhan rasuah ke atas dirinya.
Bagaimanapun, selepas mahkamah mendapati beliau bersalah bagi kes
tersebut pada akhir Julai, Najib tidak banyak mempertahankannya dan
lebih banyak menyerang parti lawan.
Mengulas kedudukan Najib, Lokman yang merupakan salah seorang penyokong kuatnya menegaskan Najib masih menjadi satu aset Umno.
“Najib memang aset parti, tapi malangnya beliau duduk dalam parti
yang takut terima hakikat yang beliau masih relevan dan beliau masih
mendapat tempat di hati rakyat.
“Ketika kita kalah dalam pilihan raya umum ada yang berpendapat,
Najib tak mungkin dapat kembali berkuasa, mereka ingat Najib dah jatuh
tak akan bangkit semula,” katanya.
Menurutnya, pemimpin Umno terbabit mula menyerang Najib untuk
menjadikan diri mereka popular dan diterima rakyat, namun langkah itu
silap apabila rakyat menerima Najib.
“Itu sebabnya pemimpin macam KJ (ahli Parlimen Rembau Khairy
Jamaluddin Abu Bakar) jadi tak popular sebab serangan mereka kepada
Najib.
“KJ sudah sedar dia silap langkah dalam menyerang Najib. Tapi bila
(beliau masuk) dalam Kabinet Muhyiddin sekali lagi kebodohan ini
menjangkiti beliau,” kata Lokman.
Beliau menjelaskan, Najib tetap popular walaupun selepas dijatuhkan
hukuman bagi kesalahan berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC
International itu.
Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia Azizuddin Sani pula
berpendapat walau kajian menunjukkan Najib popular, rakyat tetap
menantikan pengakhiran terhadap kes mahkamahnya.
Walau kes melibatkan dana SRC International itu sudahpun diputuskan
dan sedang dirayu, Najib masih berdepan 25 tuduhan berkaitan 1MDB.
Empat daripadanya bagi kesalahan salah guna kuasa melibatkan dana
RM2.28 bilion dan 21 lagi bagi kesalahan pengubahan wang haram
melibatkan dana RM2.08 bilion, RM2.197 bilion dan RM22.649 juta.
“Najib macam popular di kalangan ahli Umno, tapi rakyat mungkin berbelah bahagi dengan kedudukan beliau.
“Tapi proses mahkamah belum habis. Rakyat hendak lihat proses
seterusnya dan tak buat pendirian yang katakan Najib bersalah selagi
proses belum berakhir,” kata Azizuddin.
Beliau memberitahu The Malaysian Insight walau terdapat pihak yang
menerima, wujud penolakan dari kalangan pemimpin Umno sendiri terhadap
Najib.
“Sokongan kepada Najib ada, walaupun kumpulan tertentu seperti KJ
yang menolaknya, seperti kumpulan KJ mungkin mereka melihat Najib
sebagai liabiliti.
“Tapi kumpulan lain mungkin melihat Najib sebagai aset,” kata Azizuddin.
Kajian Merdeka Center mendapati enam daripada 10 pengundi Melayu
setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menetapkan
Najib bersalah bagi kes SRC International.
Kaji selidik bermula 15 Julai hingga 10 Ogos itu melibatkan kira-kira
3,415 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 52% Melayu, 29% Cina, 7%
India, 6% Bumiputera Islam dan 6% Bumiputra bukan Islam dari Sabah dan
Sarawak
Pemimpin Umno masih anggap Najib sebagai aset
Reviewed by editorreformis
on
September 10, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Sheridan Mahavera TAHUN lalu, pemimpin DAP Liew Chin Tong meramalkan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan sepenggal...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.