https://critoxium.com/shop/

Terkini

Anwar persembah 'dokumen sahih' sokongan 120 MP pada Agong


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pertemuan pagi tadi.

"Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).

"Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong (YDPA) akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

"Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan," katanya pada sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin "sudah jatuh."

Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya "masih tetap majoriti Muslim dan bumiputera."

"Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara," katanya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.