https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mengapa Dengan Tengku Razaleigh ?


Oleh Mohd  Sayuti Omar

Di sebuah meja makan malam sebelum 13 Oktober saya secara iseng-isengan berkata kepada seorang rakan dalam mengulas acara perjumpaan Anwar dengan Agong semalam menyebut, "sebelah pagi Anwar jumpa Agong, petang Tengku Razaleigh pula akan mengadap Agong." 
 
Saya tidak mempunyai maklumat kalau acara Tengku Razaleigh itu akan berjumpa Agong selepas Anwar. Ia hanya kebetulan. 
 
Tetapi tahu-tahu ahli Parlimen Gua Musang itu pergi jumpa Agong betul-betul, bukan percubaan. 
 
Mungkin mereka yang ada maklumat dan yang menyediakan kertas assigment tidak berasa pelik dengan kehadiran Razaleigh itu, tetapi ia asing dan pelik bagi saya dan orang-orang seperti saya. Untuk apa dan mengapa, dan apakah keperluan dan logikalnya?
 
Dia bukan ketua parti dan bukan juga bekas PM yang ingin cuba mengorek balik kerusi itu untuk diduduki semula. Kenapa tiba-tiba dia menjadi penting? 
 
Saya ada "teori" sendiri dalam menilai dan membaca kedudukan Razaleigh ini. 
 
Apakah secara senyap-senyap ada gerakan dalaman Umno untuk mengangkat sebagai PM? 
 
Perlu difahami ramai dalam Umno yang tidak senang dengan Muhyiddin dan gelagat besar kepala PPBM yang mahu jadi Naga. 
 
Ralazeigh sendiri secara terang-terangan tidak setuju dengan PPBM dan menggesa mana-mana MP Umno yang pegang jawatan agar letak jawatan?
 
Apakah nama Razaleigh diangkat setelah presiden Umno dilihat sudah tidak ada wibawa dan keberanian untuk bertindak?
 
 Anggaplah ia begitu, tetapi apakah kewajaran bagi Razaleigh yang hanya sebagai pengerusi lembaga penasihat Umno tiba-tiba mendapat perioriti jumpa Agong?
 
Kalau setakat beberapa kerat sahaja dalam Umno mengangkatnya, ia tidak mencukupi. Razaleigh tidak mempunyai kekuatan untuk mengangkat batang balak. Mungkin untuk meletakkan balak di atas bahunya mampu, tetapi tidak untuk membawanya.
 
 Jadi risiko akan patah bahu dengan rancangan itu ada. 
 
Atau pun ada janji-janji manis dari luar yang diberikan kepada beliau.
 
 Sebelum ini difahamkan dia ada jumpa dengan OT95. Apakah ada perbincangan dan jaminan daripada OT95? 
 
OT95 bokeh menjanjikan apa sahaja kepada Razaleigh asalkan menjadi alat untuk memenuhi kehendaknya agar cita-cita Anwar nak jadi PM terhalang. 
 
Misalnya OT95 boleh memberi tahu kepada Razaleigh bukan sahaja dia sokong Razaleigh jadi PM, tetapi Mat bin Sabu, Lim Guan bin Eng juga boleh dijamin akan menyokongnya. Begitukah?
 
 Politik bipolar OT95 memang sukar dibaca. 
 
Terus terang saya masih belum jelas dengan apa yang berlaku terhadap Razaleigh ini. 
 
Cuma saya doakan semoga beliau terselamat dan tidak terus dimain dan dikecewakan oleh orang yang sama berkali-kali. Saya pernah memberi tahu Razaleigh tentang siapa OT95 kepadanya menyebabkan muka Razaleigh merah padam. Nanti dicerita lain waktu. 
 
Bagaimana pun sepatah katanya, "kalau Tuhan kata dia akan jadi PM, cukup dengan mengatakan kun fayakun," frasa ini kerap disebut Razaleigh. 
 
Dan sebenarnya "ku fayakun" itu juga terpakai buat sesiapa termasuk Anwar juga, Tok Dor Hadi juga. 
Hehe... Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.