https://critoxium.com/shop/

Terkini

Politik Malaysia tanpa Anwar pincang.

 


Oleh Mohd Sayuti Omar
 
Ada tukang tenung nasib sama ada melihat tapak tangan atau guna burung Kawasari meramalkan politik Anwar Ibrahim habis dan stop jika beliau gagal dengan projectnya untuk jadi PM hari ini. 
 
Bukan sedikit bersetuju dengan tukang tenung dan penilik nasib itu. Banyak. 
 
Tetapi saya berbeza pendapat dengan sang tukang tilik itu, bagi saya Anwar akan terus hidup untuk seribu tahun lagi sebab dirinya dengan politik macam irama dengan lagu. 
 
Politik Malaysia tanpa Anwar pincang.
 
Dia seperti OT95 tetap diingat dengan ulah politiknys dan jadi penghalang Anwar , dia dipuja macam Tok Dor Hadi dianggap Ustsz terbilang walaupun prinsip siasahnya celaru.
 
Dia juga akan disebut seperti Najib yang terkenal dengan skandal 1MDB walaupun merugikan negara. Cuma sebutan dan kehebatanya berbeza dan dari konotasi berlainan.
 
Sama ada beliau akan jadi PM atau tidak dalam riwayatnya dia tetap akan disebut dan dikenang sebagai tokoh yang layak untuk menjunjung jawatan itu, ukurlah dari segi mana sekalipun dan adulah dengan siapa sekali pun. 
Popularitinya mengatasi semua tokoh. 
 
Ada baiknya kalau Anwar tidak jadi perdana menteri sebab kerinduan orang kepadanya tetap hidup abadi selama lamanya. 
 
Diri Anwar akan dikenang seperti Jebat dan Nading orang yang bijaksana dibunuh oleh kebodohan bangsa. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.