https://critoxium.com/shop/

Terkini

Siapa derhaka titah Agong?

 


Di manakah pemikiran dan strategi melibatkan "keseluruhan kerajaan" dan "keseluruhan masyarakat" untuk memerangi gelombang ketiga pandemi Covid-19 di Malaysia?

Pada malam Ahad, persoalannya adalah sama ada Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai perdana menteri berikutan penolakan Yang di Pertuan Agong terhadap cadangan kabinet untuk mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen bagi memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Malaysia.

Malam semalam, persoalannya bertukar kepada adakah pemerintahan pintu belakang Muhyiddin akan tumbang sekiranya Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik keluar parti itu daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk melalui plot Langkah Sheraton pada bulan Februari lalu.

Semua percakapan menggunakan bahasa politik perdamaian dan perpaduan nasional, tetapi tindakan yang dilihat menunjukkan tanda-tanda politik perpecahan dan polarisasi nasional.

Nampaknya, nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada rakyat Malaysia untuk berhenti berpolitik dan menggugat kestabilan kerajaan supaya semua orang, tanpa mengira latar belakang dan ideologi, dapat mengetepikan perbezaan dan perselisihan mereka dan bersatu sebagai satu dalam memerangi wabak Covid-19 dan nasihat Raja-raja Melayu untuk menerjemahkan prinsip-prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen menjadi budaya pentadbiran untuk memastikan keadilan dan membendung sebarang penyalahgunaan kuasa tidak diendahkan.

Di manakah pemikiran pemikiran melibatkan "keseluruhan kerajaan" dan "keseluruhan masyarakat" untuk melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia, yang merupakan intipati pesanan Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu pada hari Ahad lepas?

Semalam, satu laman web berita dalam talian mengeluarkan berita "Sepanyol mengisytiharkan darurat virus semasa kes global melambung tinggi" seolah-olah meratapi "peluang yang hilang" atas kegagalan mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen di Malaysia.

Tetapi adakah Malaysia telah menjadi seperti Sepanyol dalam wabak Covid-19?

Sepanyol adalah negara Eropah pertama yang berjaya mencapai satu juta kes dan kini telah disertai dan didahului oleh Perancis.

Perancis kini menjadi negara kelima teratas di dunia dengan jangkitan Covid-19, dengan 1,165,278 kes dan 35,018 kematian, sementara Sepanyol berada di tangga ke-6 dengan 1,156,498 jangkitan dan 35,031 kematian.

United Kingdom menduduki tempat ke-9 di dunia dengan 894,690 kes Covid-19 dan 44,998 kematian manakala Itali berada di tempat ke-14 dengan 542,789 kes dan 37,479 kematian.

Empat hari yang lalu, Sepanyol mencatatkan rekod baharu dengan peningkatan harian jangkitan Covid-19 mencapai 20,986 kes - yang hampir dengan jumlah terkumpul 27,805 kes yang dicatatkan di Malaysia selepas berhadapan dengan sembilan bulan dan tiga gelombang wabak Covid-19.

Sepanyol mempunyai 24,732 kes Covid-19 dan 536 kematian per sejuta penduduk berbanding 856 kes Covid-19 dan tujuh kematian per sejuta penduduk di Malaysia.

Pada malam Ahad, Sepanyol mengisytiharkan keadaan darurat dan kerajaannya telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara yang akan mengehadkan pergerakan di antara jam 11 malam sehingga 6 pagi, kecuali di Kepulauan Canary, di mana hanya terdapat sedikit kes baharu.

Kuasa darurat yang baru ini juga bermaksud pegawai berkuasa tempatan boleh mengenakan sekatan yang lebih tegas terhadap pergerakan antara kawasan dan menghadkan perhimpunan kepada hanya enam orang.

Situasi wabak Covid-19 di Malaysia adalah serius dan membimbangkan, dan kita perlu mengawalnya - tetapi apa yang pasti, kita masih tidak berada dalam keadaan yang sama seperti Sepanyol atau 20 negara teratas dengan jangkitan Covid-19, yang didahului oleh Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia.

Dalam 24 jam terakhir, kedudukan Malaysia di dunia bertambah sedikit buruk, daripada kedudukan ke-88 kepada kedudukan ke-86, mengatasi Macedonia Utara dan Australia.

Kita tidak boleh terus merosot, malah, kita harus berusaha untuk menjadi lebih baik daripada Thailand, yang berada di kedudukan ke-146 di dunia dari jumlah jangkitan Covid-19, dengan 3,743 kes dan 59 kematian - kira-kira 54 kes dan 0.8 kematian per sejuta penduduk.

Namun, perbezaan yang paling penting adalah bahawa keadaan darurat di Sepanyol tidak melibatkan penggantungan Parlimen Sepanyol. Malah, Parlimen Sepanyol sendiri akan memutuskan sama ada darurat akan dilanjutkan melebihi 14 hari!

Bagaimanapun, di Malaysia, tujuan darurat adalah untuk menggantung Parlimen dan bukannya melaksanakan perintah darurat!

Kita telah membazirkan dua hari dan tidak boleh membazir masa lagi daripada untuk fokus dan menumpukan perhatian kepada pemikiran dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan" dan "keseluruhan masyarakat" dalam perang melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

Amat memilukan melihat negara kita mencatatkan peningkatan harian empat angka buat kali kedua semalam - dengan 1,240 kes walaupun tidak seperti keadaan di Sepanyol dengan peningkatan harian sebanyak 20,000 kes atau Amerika Syarikat yang mencatatkan lebih daripada 84,000 kes Covid-19 baharu pada hari Jumaat lepas.

Kita hanya akan mensia-siakan usaha para petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan nyawa mereka untuk memerangi wabak Covid-19 ini jika kita terus berlengah dan gagal membentuk pemikiran dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan "keseluruhan masyarakat" dalam memerangi wabak Covid-19 ini.

Kita mesti bermula dengan segera dan sekarang.

Apakah kita akan mendapat pemikiran dan strategi melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia?


LIM KIT SIANG ialah anggota parlimen Iskandar Puteri daripada DAP.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.