https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mari kita bercuti daripada politik


 Oleh Mohd Sayuti Omar

KEPUTUSAN dicapai oleh Umno malam tadi membolehkan Muhyiddin Yassin menarik nafas lega pagi ini. Matahari untuk Muhyiddin masih bersinar dan dedaun juga sekejap lagi akan lebih aktif mengeluarkan oksigen apabila berlaku proses fotosintesis. Kita semua juga dapat menyedup udara beroksigen. Syukur. 

Kenyataan yang kedengaran sepanjang hari ini nanti ialah memuji dan kesediaan untuk bersama Muhyiddin, disamping Muhyiddin pula menerima keputusan Umno itu sebagai satu pengajaran buatnya. Mungkin Muhyiddin akan membuat koreksi diri untuk memenuhi pemintaan Umno dan samping mengemaskan kedudukannya. Boleh jadi mungkin juga tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh perdana menteri itu kerana beliau tidak perlu melanjutkan komiterapi.  

Pihak lawannya sudah tentu akan mengubah fikiran daripada lawan untuk berbaik-baik. Pendemik Coronavirus dan kepentingan rakyat akan dijadikan alasan tanpa mengakui hakikat sudah kalah. DAP dan Amanah sudah pun mempamerkan belang dan keinginan naluri terpendam.

Daripada letupan-letupan kedengaran sejak semalam apabila Yang diPertuan Agong menolak cadangan mengisytiharkan darurat yang dipohon Muhyiddin seperti PM itu sudah "kepapahan" untuk menghadapi hari mukanya. Dua tiga mesyuarat semalam semuanya penting menggambarkan akan keadaan itu. Semalam Muhyiddin pun sudah dibaham sempuk kronik?

Sebelah pagi sebelum mesyuarat kabinet, Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti komponen PN yang menyokongnya. Ketidakhadiran Zahid Hamidi dalam mesyuarat itu sedikit menggemparkan dan menjadi tanda tanya negatif buat Muhyiddin. Mereka yang suka melihat Muhyiddin kojol sangat senang hati dengan perkhabaran itu. Bahkan sudah ada mengetam papan untuk siapkan keranda.   

Pada masa sama, Zahid mengadakan perjumpaan dengan komponen BN. Keterasingan ini perlihatkan keadaan tegang. Dalam mesyuarat BN itu ada kesimpulan dibuat, tetapi ia tidak muktamad. Kenyataan liar dari beberapa pemimpin Umno yang dikutip wartawan menambahkan lagi kegemparan. Misalnya kenyataan Najib Razak yang menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, walaupun dengan bersyarat tidak mahu bersama DAP, ia perkembangan yang mendebarkan di pihak sebelah sini. Tetapi apalah sangat diharap kepada parang tumpul. Najib ibarat parang tumpul selepas hilang kuasa. Parang tumpul termpatnya di hujung dapur. 

Apa dibincang dalam mesyuarat BN dan kenyataan liar daripada pemimpin Umno dirumus dan disimpul-matikan dalam mesyuarat MT Umno disebelah malamnya. Menunggu mesyuarat MT Umno selesa satu penyeksaan kepada orang-orang berminat, mengharap dan bekepentingan. Ia seperti menunggu isteri beranak sulung, yang anak pula diskan sebagai berkedudukan sonngsang. 

Selepas hampir tiga jam menerang dan ketuban keluar baru bermesyuarat Umno mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan kepada kerajaan PN. Anak yang lahir tidak mengalami apa-apa kecacatan sama seperti nujum Mak Bidan Kebayan. Umno bersama Muhyiddin. 

Kenyataan dikeluarkan oleh Zahid itu langsung mematikan beberapa spekulasi sebelum ini, yang Umno akan menyokong Anwar dan memberi gambaran Muhyiddin akan terpapah dan perlu berundur diri. Tetapi endingnya ketika itu masih kabur. Apakah Anwar akan jadi PM atau pun ada wakil lain? 

Segala muktamad dengan keputusan MT Umno itu. Jadi cerita kerajaan Muhyiddin akan tumbang, Muhyiddin akan meletak jawatan, Umno akan tarik sokongan kepada PN, Anwar dipanggil mengadap semuanya tidak menjadi. Belawak belaka. Yang nyatanya kini Muhyiddin masih seorang perdana menteri walaupun nombor sokongannya belum disahkan dan sudah pun tidak perlu disahkan kerana sebahagian penonton sandiwara klise itu sudah mahu balik.

Pandemik Covid-19 dan titah Agong telah menyelamatkan Muhyiddin. Boleh jadi juga permohonan untuk daruratkan negara itu adalah tektik dan strategi Muhyiddin dan PN untuk alih perhatian dan ubah ketetapan sebelum ini dimana Yang diPertuan Agong patut memanggil ketua-ketua parti bagi mengesahkan sokongan. Tetapi ia tertngguh. Dengan ada rancangan darurat itu menyebabkan keperluan memanggil ketua-ketua parti yang tertangguh itu terlepas.

Bijaksanalah sang arkitek mereka cita model itu.

Dicelah-celah itu juga nampak dan berbunyi ketidak-sekataan di pihak pembangkang. Sudah tertunjuk sikap saling tidak percaya mempercayai antara satu sama lain. Pembangkang berpotensi untuk berpecah. Angan-angan semuanya sudah berakhir. Sekali lagi ditegaskan kalau hendak mula babak baru dalam politik Malaysia, sama-sama tunggu Covid berakhir dan pilihan umum ke 15 di umumkan. Di situ nanti kita masuk panggung semula.

Buat sementara marilah sama-sama kita mengambil surat cuti daripada diripada majikan kita yakini diri kita sendiri untuk bercuti sekejap daripada berpolitik.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.