Usah guna isu Covid-19 ketika PN terbukti tidak peduli rakyat
Oleh YUSLAINI AZMI
Saya ingin menjawab kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan dan ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadil Shaari perlu sedar hakikat sebenar mengapa terjadinya peningkatan mendadak kes Covid-19.
Pada saat negara sedang menghadapi penularan wabak Covid-19 pada awal Januari lalu kita berjaya menyekat penyebaran wabak ini daripada berleluasa malah diberi pujian oleh organisasi World Health Organisation (WHO) di bawah kerajaan PH hasil persediaan rapi Dr Dzulkefly Ahmad.
Namun, selepas rampasan kerajaan terjadi kes makin meningkat akibat pemimpin kita yang sanggup mencatur politik bangsat pada saat kita masih menghadapi pandemik Covid-19 ini.
YB Fadli Shaari perlu sedar gelombang ketiga pandemik ini terjadi akibat kerakusan Perikatan Nasional (PN) yang ingin menggulingkan kerajaan negeri sedia ada dengan melobi MP untuk bertukar sokongan.
PH sudah membentangkan polisi untuk menangani Covid-19, “Apa guna dah jadi kerajaan jika tidak mampu selesaikan isu rakyat?”
Jangan dilupa kerajaan PN juga terbentuk pada saat kita menghadapi pandemik ini. Menjawab kenyataan YB Jeffrey Kitingan “Waktu PN merampas kuasa takkan tak fikir soal rakyat? Hari ini baru nak bicara tentang hal rakyat ke? Kenapa tak fikir soal rakyat bila ada cubaan merampas negeri daripada kerajaan negeri sedia ada? Kerana MP seperti kamulah punca negara huru-hara.”
YB Jeffrey Kitingan dan YB Fadli Shaari perlu fikir bagaimana cara menguruskan rakyat Malaysia, tidak perlu fikir soal MP yang ingin berjumpa YDPA.
Biarlah Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di Pertuan Agong(YDPA) sepertimana Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap YDPA untuk membuktikan sokongan.
Kenapa perlu takut? Lagi pula itu hanya proses yang dilalui setiap ahli Parlimen yang mempunyai majoriti selebihnya ia terpulang pada YDPA.
“Takkan anda sebagai MP pula melebihi kuasa YDPA ingin menghalang ahli Parlimen lain yang diterima menghadap YDPA?”
Kenyataan tersebut itu sendiri dikeluarkan oleh Istana Negara jadi ahli Parlimen lain tidak perlu kepanasan sehingga masing-masing dilihat tidak menghormati keputusan YDPA untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak perlu menggunakan isu pandemik Covid-19 sedangkan kerajaan hari ini terbukti langsung tidak peduli derita rakyat.
Menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada saat kita menghadapi wabak ini juga sudah terbukti tidak menghormati rakyat kebanyakan dan selepas itu rampasan demi rampasan kerajaan negeri.
Jika benar fikir soal rakyat bertarunglah di gelanggang sebenar, salurkan segala idea dan cadangan penambahbaikan untuk rakyat di Parlimen bukannya asyik-asyik berebut jawatan dan kuasa.
*YUSLAINI AZMI merupakan Ketua Biro Wanita AMK Terengganu merangkap Setiausaha Unit Pendidikan AMK Malaysia.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.