https://critoxium.com/shop/

Terkini

ABPBH tersenarai aktiviti dibenarkan dalam SOP PKPB - Ismail Sabri


 KUALA LUMPUR: Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 termasuk di dalam senarai aktiviti dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan.

Beliau berkata, semua yang terbabit perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu acara berkenaan tiada penonton dan tidak membabitkan tenaga kerja asing, selain mereka yang terbabit perlu memakai pelitup muka dan jumlah kru digunakan pula adalah minimum.

Tegasnya, majlis anugerah itu juga dipantau oleh wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Jika berlaku perlanggaran (SOP), penganjur akan dikenakan tindakan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.