Dewan Rakyat: Negara rugi RM100 bilion akibat pembatalan VM2020 - MOTAC
KUALA LUMPUR: Ekoran pembatalan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, negara mengalami kerugian sekitar anggaran RM100 bilion.
Menurut
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kerugian tersebut
susulan kehilangan perbelanjaan pelancong, terutama yang berkaitan
dengan penginapan, pengangkutan, membeli belah, makanan dan minuman.
Berdasarkan
data pelancongan antarabangsa 2019, MOTAC berkata, perbelanjaan oleh
pelancong dari China merupakan kedua tertinggi dengan sumbangan sebanyak
17.8%.
“Jumlah pelancong China bagi
separuh tahun pertama (Januari – Jun) pada tahun 2019 ialah seramai
1,558,782 orang iaitu peningkatan sebanyak 6.41% daripada tempoh yang
sama pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2018.
“Manakala
seperti yang telah dijangkakan, penularan wabak COVID-19 telah
menjejaskan kehadiran jumlah pelancong asing ke Malaysia, dengan
kehadiran pelancong China bagi separuh tahun pertama pada tahun ini
merosot sekitar 74% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019,” kata
MOTAC.
Perkara itu dimaklumkan menerusi jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.
MOTAC
berkata, sektor pelancongan antarabangsa atau pasaran inbound, mencatat
kerugian lebih besar berbanding pasaran domestik, dan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di hampir seluruh negara, boleh
memberi kesan lebih buruk.
Terdahulu,
Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) ingin mengetahui kesan
penurunan jumlah ketibaan pelancong warga China sejak krisis pandemik
COVID-19 berbanding tahun 2018 dan 2019.
Selain
itu, beliau turut ingin mengetahui langkah-langkah MOTAC sebagai
persediaan sekiranya pembukaan sempadan negara dibenarkan kelak.
Mengulas
lanjut, MOTAC berkata, pihaknya akan terus memastikan kesinambungan
usaha-usaha membangunkan industri pelancongan negara, seperti
meningkatkan kerjasama antara pihaknya dan agensi berkaitan bagi
memudahkan kemasukan pelancongan asing.
“Kementerian
akan melaksanakan strategi pelan pemulihan terutamanya untuk 'market
rebound' bagi pasaran serantau iaitu ASEAN dan juga pasaran jarak
sederhana iaitu Asia Timur selaku penyumbang terbesar kepada jumlah
kehadiran dan perbelanjaan pelancong asing ke Malaysia apabila keadaan
pasaran dan ekonomi semakin pulih.
“Di
samping itu, MOTAC melalui agensinya Tourism Malaysia akan merancakkan
semula jenama Malaysia Truly Asia dengan memberi penekanan pada konsep
Experiential Malaysia sebaik sahaja wabak COVID-19 dapat dibendung,”
katanya lagi.
Selain itu, kementerian
berkata, mereka akan mempertingkatkan kerjasama strategik dengan sektor
swasta, syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa, serta
memaksimumkan potensi sosio-ekonomi sektor pelancongan menerusi
digitalisasi dalam merangka strategi promosi dan pemasaran bersasar yang
berdaya saing.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.