https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin sengaja timbulkan kekacauan bagi isytihar darurat


 Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sengaja mencetuskan suasana tidak stabil bagi menjustifikasikan pengisytiharan darurat.

Beliau berkata demikian yang menganggap Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang tidak mempunyai cukup majoriti di Dewan Rakyat untuk meluluskan pembentangan Belanjawan 2021.

Kadir yang juga bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, sekiranya kerajaan tidak yakin dengan majoritinya namun masih mengharapkan sokongan terhadap Belanjawan 2021, mereka perlu segera berunding dengan pihak pembangkang.

“PN juga kena bagi pilihan kepada ahli Dewan untuk menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap kedudukan Perdana Menteri, Muhyiddin.

“Ini bermakna, membenarkan usul-usul percaya dan tidak percaya terhadap beliau.

“Kalau tidak, kerajaan tidak boleh menyalahkan ahli Dewan jika mereka menggunakan Belanjawan sebagai saluran undi tidak percaya,” katanya menerusi Facebooknya semalam.

Terdahulu, Tokoh Wartawan Negara itu dalam ulasannya berkaitan belanjawan dan undi tidak percaya menjelaskan, Muhyiddin ketika ini tidak pasti berapa ramai ahli Dewan Rakyat yang masih menyokong beliau.

Menurutnya, kebimbangan itulah yang mendorong Kabinet PN menggunakan alasan memerangi wabak Covid-19 bagi memohon Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Sementara itu Kadir berkata, mengikut sistem Westminster yang diamalkan, kerajaan akan jatuh jika majoriti ahli Dewan menolak Belanjawan hatta kerana tidak bersetuju dengan seringgit perbelanjaan sekali pun.

“Apabila ini berlaku, kerajaan baharu perlu ditubuhkan atau Dewan dibubarkan dan pilihan raya umum baru diadakan.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan kerajaan sengaja mencetuskan suanana tidak stabil bagi menjustifikasikan perisytiharan darurat,” katanya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.