https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ahli UMNO Larut diperdaya sertai Bersatu - Saarani


GERIK:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan tipu muslihat untuk menarik ahli-ahli UMNO di Bahagian Larut untuk menyertai parti itu baru-baru ini.
 
Katanya, tindakan Bersatu di Bahagian Larut itu secara nyata menunjukkan parti itu mencuri ahli-ahli UMNO sebagaimana yang dikatakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini.
"Seperti mana yang disebut oleh Setiausaha Agung Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) iaitu dalam tempoh tiga bulan ini mereka nak mendaftar 8,000 cawangan.
 
"Itu bukanlah jadi halangan, kerana itu hak parti masing-masing. Cuma yang dipertikaikan ialah, siapakah mereka yang nak jadi ahli Bersatu?
 
"Di beberapa tempat, memang berlaku (curi ahli UMNO). Ia berlaku di Larut, tempat Setiausaha Agung Bersatu.
 
"Saya tak pertikai berapa cawangan dia nak buat. Cuma, yang diadu oleh ahli-ahli UMNO Larut ialah, mereka ditawarkan jadi ahli Bersatu.
 
"Sebahagiannya tak tahu pun bahawa mereka jadi ahli Bersatu, sebab, mereka dijemput untuk hadir majlis lain. Selepas isi borang, atas tipu muslihat, mereka didaftarkan sebagai ahli Bersatu," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Dewan Maktab Rendah Sains Mara Gerik, di sini, pada Ahad.
 
Tegas Saarani lagi, tidak mustahil perkara yang sama berlaku di tempat lain.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.