Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
MACHANG: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB) bagi menzahirkan prinsip tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional.
Tindakan itu akan dilakukan
sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Yang
di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
Ahli parlimen Machang itu memberikan tempoh sehingga hujung Januari ini untuk membubarkan parlimen.
“Sudah pasti saya ada maruah, saya ada prinsip. Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Kalau
saya tarik diri saya akan sertakan sekali peletakan jawatan saya kerana
saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya.
Beliau
menjelaskan jawatan yang diberikan pada Julai tahun lepas itu adalah
sebagai kuota bagi ahli parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan.
Namun
selepas parti membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan
kerajaan Perikatan Nasional, jawatan berkenaan perlu dikembalikan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.