COVID-19: Pengedaran vaksin tidak saksama ancaman buat negara miskin - WHO
GENEVA: Tidak adil bagi populasi muda dan berkemampuan di negara kaya mendapat vaksin berbanding warga emas di negara miskin.
Tegas
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketika ini ada
situasi di mana hanya 25 dos diberikan kepada salah satu negara
berpendapatan rendah.
Tambahnya, dunia harus bersatu dan memastikan mereka yang sangat berisiko mendapat vaksin.
"Memang wajar bagi semua kerajaan meletakkan kepentingan memvaksinasi petugas kesihatan dan warga tua terlebih dahulu.
"Tetapi
adalah tidak wajar apabila orang dewasa yang muda dan sihat di negara
kaya divaksin sebelum petugas kesihatan dan warga tua di negara miskin.
"Vaksin
ini mencukupi untuk semua orang. Tetapi sekarang kita perlu bekerjasama
sebagai satu keluarga global untuk beri keutamaan kepada mereka yang
paling berisiko dijangkiti penyakit berbahaya dan kematian di semua
negara," kata Dr Ghebreyesus.
Tegasnya,
pewujudan vaksin dalam masa setahun adalah pencapaian yang baik, namun
pengedaran yang tidak saksama mewujudkan risiko peningkatan
ketidaksamarataan antara negara kaya dan miskin.
Beliau dalam masa yang sama turut mengkritik tindakan syarikat vaksin yang melakukan perjanjian dua hala dengan negara individu.
Tegasnya,
ini mampu mengurangkan keberkesanan kemudahan multilateral COVAX yang
diwujudkan untuk memastikan vaksin diberikan kepada semua negara
berdasarkan keperluan.
"Tatkala vaksin
pertama diedarkan, resolusi akses setara tidak dicapai. Lebih 39 juta
dos vaksin kini telah diberikan kepada sekurang-kurangnya 49 negara
bependapatan tinggi.
"Hanya 25 dos diberikan kepada negara berpendapatan paling rendah. Bukan 25 juta, bukan 25,000, hanya 25.
"Saya
perlu tegas. Dunia kini gagal secara moralnya. Dan nyawa serta
kehidupan mereka di negara termiskin akan menerima padah daripada
kegagalan ini.
"Bukan sahaja tindakan
'saya dahulu' ini menyebabkan mereka di negara termiskin dan paling
terjejas berdepan risiko, ia juga usaha yang sia-sia.
"Akhirnya,
tindakan ini akan memanjangkan lagi pandemik, menambahkan lagi derita,
kawalan untuk mengekangnya, selain penderitaan manusia serta ekonomi.
"Kesaksamaan
vaksin ini bukan sahaja perlu dipatuhi daripada segi moral. Ia juga
penting daripada segi strategik dan enkonomi," kata Dr Ghebreyesus.
Beliau
dalam pada itu mendedahkan 44 perjanjian bilateral di antara pengeluar
vaksin dan negara ditandatangani tahun lepas dengan 12 lagi pada tahun
ini.
Ini menurutnya, meningkatkan harga dan keuntungan syarikat vaksin.
Dr
Ghebreyesus menegaskan situasi ini diburukkan lagi apabila pengeluar
memfokuskan kepada mendapatkan kelulusan di negara kaya dengan untung
yang tinggi daripada membuat laporan penuh kepada WHO.
Ini
mengurangkan data yang diterima WHO daripada pengeluar vaksin, lantas
melambatkan kelulusan agensi itu untuk penggunaan kecemasan vaksin yang
lebih meluas.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.