Darurat sudah lari daripada tujuan asal - Rafidah Aziz
KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau secara peribadi akan menyokong jika ada gerakan untuk memohon penolakan pengisytiharan darurat di negara ini.
Rafidah
juga meluahkan rasa kesal kerana darurat yang dilaksanakan kini didakwa
lebih bermotif politik, namun menjadikan COVID-19 sebagai alasan.
"Niat dah lari. Sepatutnya darurat bukan jalan keluar. Kita cuma perlu kawal perjalanan, tutup sempadan dan asingkan rakyat.
"Nak
menangani COVID-19 tetapi buat darurat. Kita sebagai rakyat, malah
orang luar sendiri pelik dengan darurat yang sedang berjalan ini.
"Rupanya ia cuma membabitkan sidang Parlimen dan perkara-perkara berkaitan politik. Jadi sudah lari dari landasan.
"Saya
difahamkan sekarang ada satu gerakan untuk minta bubarkan balik darurat
dan saya secara peribadi sokong gerakan itu sebab saya mahu kita
kembali fokus kepada agenda utama, iaitu menangani COVID-19," katanya
yang muncul sebagai tetamu program Perspektif yang disiarkan di Astro AWANI, malamtadi
Tambah
Rafidah, negara lain juga melaksanakan kawalan dan prosedur ketat untuk
mengawal jangkitan COVID-19, malah ada yang melaksanakan darurat, namun
sesi Parlimen tetap berlangsung.
"Yang
berubah cuma cara mereka bersidang, mungkin secara maya dan sebagainya.
Tetapi tetap ada persidangan dan Parlimen tidak sampai digantung.
"Tetapi di Malaysia lain pula kerana hal menangani COVID-19 dicampur aduk dengan politik.
"Harapnya
selepas vaksin sampai nanti, tak ada lagi alasan untuk Parlimen
disambung. Jangan nanti bagi pula alasan ada ahli Parlimen yang belum
divaksin, tak boleh bersidang," ujarnya
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.