Pengasas Sugarbook ditahan
KUALA LUMPUR:Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai pengasas aplikasi Sugarbook yang didakwa digunakan bagi tujuan tidak bermoral.
Menurut
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, tangkapan
dibuat di pekarangan sebuah kondominium di Dutamas, di sini.
“Suspek yang berusia 34 tahun ditahan pada 4.30 petang. Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, pada Khamis.
“Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai pengasas kepada aplikasi Sugarbook,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Baru-baru
ini, masyarakat gempar apabila Malaysia diletakkan pada kedudukan
ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara
yang mempunyai bilangan 'sugar daddy' paling ramai melalui aplikasi
Sugarbook.
Aplikasi itu didakwa menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai 'sugar baby'.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang
mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau
kegusaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu
penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.
Polis juga menjalankan siasatan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.