https://critoxium.com/shop/

Terkini

‘Pikat hati pengundi berbilang bangsa pada PRU15’


SHAH ALAM - Parti-parti politik perlu memikat hati pengundi berbilang bangsa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, PRU14 menunjukkan pengundi tidak menyukai gabungan parti yang mengamalkan taktik pecah dan perintah berdasarkan landasan perkauman.

“Zaman tersebut sudah berlalu dan parti lain tidak boleh menyatakan mereka hanya mewakili masyarakat Melayu.

Begitu juga DAP tidak boleh hanya masyarakat bukan Melayu,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter pada Selasa.

Chin Tong berkata, kebergantungan DAP kepada rakan parti Melayu dan Islam dalam Pakatan Harapan (PH) untuk meraih sokongan tidak lagi relevan untuk pilihan raya akan datang.

Chin Tong berkata, sekiranya DAP masih bergantung kepada sokongan bukan Melayu, parti itu hanya akan menang 20 hingga 25 kerusi Parlimen.

Tegasnya, sebahagian besar pengundi ialah atas pagar dan hanya menyokong PH pada hari terakhir menjelang PRU14.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.