https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaang Mealyu Islang Tebuk Atap


Oleh Zola

Di masjid, PM dan menteri kerajaan tebuk atap baca Yasin sempena setahun tebuk atap. 
 
Ada menteri jalan tunduk-tunduk penuh tawadhuk kerana berjaya menyertai gerombolan pengkhianat.
 
Di jalanraya, pemandu mabuk rempuh kereta peronda polis dan motosikal. 
 
Dalam satu video tertular, seorang lelaki bertukar wanita mengaku "tak nak jadi orang Islam" dan "nak keluar Islam"
.
Di Labuan, Masjid Sultan Muhammad V, polis sedang menyiasat kes hantaran FB yang membantah laungan azan. 
 
Di New Zealand, untunglah negara itu kerana timbalan menteri kami sedang berbelanja di sana.
 
Kenaikan cabutan judi dari 8 ke 22 masih berlangsung
 
 Isu gadis kahwin ketua pasukan hoki sikh entah hanyut ke laut mana. RUU 355, sampai mati pun rasanya tak terpinda.
 
Kerajaan Melayu Islam yang kurang mudarat? Ya, kurang mudarat sebab dia dilayan macam yang dia mahu. Jika dia kurang dilayan, besarlah mudaratnya.
 
Apa-apa pun tahniah kelab Liverpool kerana anda disokong oleh seorang "menteri" kuat agama. Meskipun kini kami keliru dia menteri atau mufti atau ketua penyokong kelab bola.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.