19 sekolah diarahkan tutup di Selangor kerana COVID-19
SHAH ALAM: Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.
Menurut
kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang dikeluarkan pada Isnin
sekolah yang diarahkan tutup itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Bukit Jelutong; SMK Bandar Sri Damansara 2; SMK Damansara Jaya;
SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.
Turut
diarahkan tutup ialah SMK Puchong; SMK Puchong Utama 1; SMK Seksyen 4
Bandar Kinrara; SMK Bandar Puncak Jalil; SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong
Perdana.
Bagi
Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana; SK Bandar Baru
Sri Damansara 2; SK Bukit Kuchai; SK Bandar Sri Damansara 3; SK Bukit
Jelutong dan SK USJ 20.
Selain itu,
sekolah diarahkan tutup ialah Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.
Pejabat
Kesihatan Daerah Petaling berkata penutupan sekolah adalah bertujuan
untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak
rapat.
"Pembukaan sekolah akan
dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua
kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.
"Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.