Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti berkenaan seperti sebelum ini.
Ketua
UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, bekas
Perdana Menteri itu juga boleh berperanan menguatkan semula UMNO dan
mengemudi parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut beliau, imej Najib juga semakin hari semakin diterima kembali rakyat serta ahli parti sendiri.
"Najib
mampu untuk memainkan peranannya memimpin UMNO semula. Dalam hal ini
peranan Najib boleh digunakan untuk menghidupkan balik dan menguatkan
parti," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Presiden
MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebelum ini menjelaskan, antara masalah
yang perlu diselesaikan jika benar Barisan Nasional (BN) ingin bertarung
sendiri dalam PRU15 kelak adalah memutuskan siapa yang akan menjadi
calon Perdana Menteri.
Dalam pada itu,
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd. Irwan Rizal
berkata, pemilihan UMNO perlu dilakukan segera demi menyelesaikan
pelbagai isu kepimpinan sedia ada.
Tegasnya,
imej Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah tercalar dan
seumpama tiada taring lagi untuk mengemudi parti ekoran kebocoran
rakaman audio yang didakwa perbualan telefon antara beliau dan Presiden
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia
merupakan salah satu faktor untuk pemilihan tidak boleh ditangguhkan
lagi. Majlis Tertinggi (MT) perlu mengadakan mesyuarat dan menetapkan
agar pemilihan diadakan tanpa sebarang penangguhan.
"Penangguhan
pemilihan tidak menjamin bahawa UMNO akan semakin kuat. Telah terbukti
sebelum ini, pemilihan ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14), UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah," katanya.
Ujarnya,
paling utama adalah memastikan pemilihan Presiden yang mampu dijadikan
ikon sekali gus diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.
Tambahnya,
pemilihan kali ini juga amat penting kerana ia merupakan peluang kepada
UMNO untuk memberi nafas baharu dalam sekali gus menyediakan barisan
kepimpinan yang akan diketuai oleh individu yang mempunyai ciri-ciri
seorang ketua kerajaan.
Sebelum ini,
beberapa Ketua Bahagian UMNO menyarankan Ahmad Zahid untuk mengundur
diri daripada terus memegang jawatan utama parti.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.