Insiden Terusan Suez: Mesir rampas Ever Given, tuntut ganti rugi AS$900 juta
KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir telah merampas kapal kargo Ever Given yang terkandas selama beberapa hari di Terusan Suez bulan lalu.
Pemilik
Ever Given, syarikat Shoei Kisen Kaisha dari Jepun juga diarah membayar
pampasan sebanyak $900 juta (kira-kira RM3.7 bilion) akibat kejadian
itu.
Tindakan itu diambil disebabkan kerugian besar dialami negara itu.
Tuntutan itu merangkumi yuran penyelenggaraan dan kos operasi penyelamatan, menurut agensi berita Mesir, Al Ahram.
Dalam
reaksi balas, Shoei Kisen Kaisha berkata syarikat insurans dan
peguamnya sedang meneliti tuntutan pampasan dan enggan memberi komen
lebih lanjut, lapor CNN.
The Ever Given berjaya diapungkan semula pada 29 Mac selepas terkandas hampir seminggu di terusan perdagangan itu.
Kapal itu telah menghalang laluan lebih 450 kapal lain untuk berulang alik di terusan tersebut.
Terusan Suez hanya dibuka sepenuhnya pada 3 April.
Ketua
Penguasa Terusan Suez, Lt Jeneral Ossama Rabei dilaporkan berkata Mesir
boleh menuntut pampasan sehingga AS$1 bilion untuk menampung kerugian
kos transit dan juga kos kapal tunda yang digunakan untuk menarik kapal
tersebut.
"Ini adalah hak negara; ia harus dibayar," kata Rabei.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.