Mansuh Ordinan Darurat: Takiyuddin perlu jawab tiga persoalan utama - Najib Razak
Oleh Firdaus Azil
KUALA LUMPUR: Ada tiga persoalan utama yang perlu Kerajaan, atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan jawab segera, tegas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi
Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu berkata, persoalan itu
timbul selepas Takiyuddin sendiri menyatakan dalam Dewan Rakyat pada
Isnin, enam Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lepas.
Beliau
berkata, penjelasan terperinci itu perlu sebelum lebih banyak persoalan
timbul di kalangan rakyat, dan Ahli-ahli Parlimen.
“Pertama,
sama ada due process of law telah diamalkan, atau dilakukan. Dalam erti
kata apa-apa pembatalan Ordinan Darurat, mesti mendapat limpah perkenan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah dan digazet. Ini tidak dijelaskan.
“Kedua, sama ada pembatalan Ordinan Daruat ini secara backdated atau bersifat retrospectively (ke belakang,” kata Najib lagi.
Ahli
Parlimen Pekan itu berkata, jika pembatalan itu tidak dijelaskan,
implikasinya terhadap apa apa tindakan yang diambil pihak berkuasa
selepas 21 Julai itu, boleh dipersoalkan atau terbatal dari segi
undang-undang.
Selain itu, Najib berkata,
persoalan ketiga pula sekiranya keenam-enam Ordinan itu termasuk
Ordinan Utama iaitu Ordinan Induk Darurat 2021.
Beliau berkata, kesemua itu boleh menimbulkan soal kesahihan dari segi undang-undang dan keabsahan Kerajaan masa kini.
Takiyuddin pada Isnin memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kerajaan membatalkan enam Ordinan Darurat bermula 21 Julai lalu.
Takiyuddin
juga mengumumkan, kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan
Al-Sultan Abdullah untuk meneruskan Proklamasi Darurat selepas ia tamat
pada 1 Ogos depan.
Bagaimanapun, beberapa
Ahli Parlimen berpandangan perkara itu bercanggah dengan peruntukan di
bawah Perlembagaan Persekutuan, dan ia sebenarnya masih belum mendapat
perkenan Agong.
Mengulas lanjut, Najib
berkata, pembatalan sebarang Ordinan, serta Proklamasi Darurat itu
sendiri sewajarnya mengikut proses undang-undang iaitu - Kabinet
memberi nasihat kepada Agong untuk diperkenan dan digazetkan.
“Barulah
ia lengkap dari segi proses,” jelas Ahli Parlimen Pekan itu lagi,
sambil menambah beliau akan membahaskan perkara itu secara terperinci
pada Khamis hadapan./astroawani.com
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.