Isu pembatalan Ordinan Darurat? Ini 5 perkara dibangkitkan di Parlimen
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas yang memasuki hari kedua sekali lagi 'panas' dengan Ordinan Darurat yang telah dibatalkan pada 21 Julai lepas.
Beberapa Ahli Parlimen bangun
mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Seri Takiyuddin Hasan memberikan penjelasan.
Pun
begitu, Takiyuddin memaklumkan, beliau akan memberi penjelasan mengenai
semua perkara berkaitan Ordinan Darurat, termasuk pembatalannya di
Dewan Rakyat, Isnin ini.
Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hari dalam kalangan pembangkang.
Meskipun
didesak berulang kali, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan
Harun tetap dengan keputusannya mengarahkan penjelasan berhubung
pembatalan Ordinan Darurat dibuat pada Isnin depan.
Beliau
menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bagi memastikan setiap pembahas
dan prosedur Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dilaksanakan mengikut
perancangan serta masa tertentu.
Berikut antara fokus utama Mesyuarat Khas pagi ini yang lebih menjurus kepada perdebatan mengenai Ordinan Darurat:
1.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson)
mendesak Takiyuddin memberi penjelasan dan menggesa beliau tidak
berhelah dengan hanya akan memberi penjelasan pada Isnin nanti.
2.
RSN Rayer (Jelutong - PH) mempersoalkan pembatalan tersebut dan
mendakwa penasihat undang-undang di Pulau Pinang masih tidak dimaklumkan
dengan pembatalan itu.
3. Gobind Singh
Deo (Puchong - PH) mendesak Takiyuddin memberi penjelasan adakah
pembatalan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut
Perlembagaan.
4. Anwar Ibrahim
menasihati Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun agar
tidak bersekongkol dengan Takiyuddin yang mengelirukan Dewan.
5.
Lim Guan Eng (Bagan-PH) turut mempertikaikan pembatalan tersebut yang
disifatkan sebagai satu perkara yang tidak boleh diterima.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.