PRN12 atau Darurat: Tunggu keputusan Agong - Abang Johari
KUCHING: Kerajaan Sarawak menyerahkan sepenuhnya keputusan untuk kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi pelaksanaan darurat di negeri itu atau memutuskan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) diadakan.
Ketua
Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,
sebarang keputusan akan diketahui selepas tempoh darurat berakhir, 1
Ogos ini.
"Saya
tidak tahu mengenai (meneruskan) darurat kerana keputusan itu di bawah
Yang di-Pertuan Agong, dan hari ini kita masih dalam tempoh darurat.
Sama ada diadakan atau tidak darurat, kita sama-sama tunggu,” katanya
pada sidang media selepas merasmikan Dewan Perniagaan dan Industri Orang
Ulu (OUCCI) di Kuching pada Selasa.
Semalam,
Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen agar Proklamasi Darurat
diteruskan di Sarawak memandangkan penularan jangkitan COVID-19 masih
ada selain kehadiran varian Delta di negeri itu.
Selain
itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS)
turut menegaskan Sarawak memerlukan mandat baharu dalam menentukan
pentadbiran untuk tempoh lima tahun sekali gus melaksanakan dasar yang
telah dibuat.
“Dalam tempoh 60 hari
selepas darurat ditamatkan, kita akan memastikan terlebih dahulu situasi
semasa kesihatan kita kondusif dan bertambah baik. Kita tidak mahu
rakyat yang turun mengundi dalam keadaan takut, dan akhirnya mereka
tidak mahu mengundi, ini yang paling penting,” katanya.
Abang
Johari berkata, tiga perkara utama akan diteliti kerajaan negeri
pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum memutuskan tarikah PRN12.
Menurutnya,
perkara pertama yang akan diteliti ialah situasi semasa COVID-19 di
negeri itu sama ada ia semakin pulih atau memburuk.
"Perkara
kedua, kita perlu menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dalam mempersiapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk PRN12 dengan
mengambil kira situasi pandemik.
"Manakala
perkara ketiga, kita perlu menilai pertimbangan strategik antara pihak
Kementerian Kesihatan (KKM) dan SPR untuk menentukan status pandemik di
Sarawak dengan keupayaan negeri ini melaksanakan PRN,” katanya.
DUN
Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu tetapi ia tidak dapat
dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)
2021.
Ekoran itu, semua Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN dibubarkan mengikut
Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.