Mesyuarat Khas Parlimen: Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.
Dalam
satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk
Azhar Azizan Harun, Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi alasan memohon
pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang
ini.
"Dari
awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan
yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan "Perikatan Nasional".
"Saya
belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain
daripada parti saya telah berurusan dengan Y.B Tuan Yang di-Pertua
mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.
"Walau
apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan suka hati mohon
berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat
perjuangan Barisan Nasional/UMNO terutama sekali pengundi saya,
ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh
dianggap sebagai penyokong Kerajaan Gagal ini," katanya.
Tengku
Razaleigh sebelum ini sering mengkritik pentabiran kerajaan Perikatan
Nasional dan mempertikai tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang
dianggap membelakangkan perlembagaan negara.
Dalam susunan tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh diletakkan bersama-sama ahli parlimen UMNO yang lain di blok kerajaan.
Ahli
Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang telah menarik sokongan
terhadap kerajaan pada Januari lalu juga diletakkan di blok kerajaan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.