https://critoxium.com/shop/

Terkini

Langkah berjaga-jaga diperketat untuk jemaah lengkap vaksin solat di masjid

 


PETALING JAYA: Pihak pengurusan masjid dan surau bersiap sedia menerima lebih ramai jemaah, susulan kelonggaran yang diberikan kepada individu divaksin sepenuhnya menunaikan solat berjemaah mulai hari ini.

Abdul Hafiz Mohd Yunus, Timbalan Pengerusi Masjid al-Muhtadin di Bidor, Perak berkata, pihaknya teruja untuk menerima lebih ramai jemaah yang akan mengimarahkan masjid, tetapi langkah berjaga-jaga akan diperketatkan memandangkan kes Covid-19 masih tinggi.

“Kita masih takutkan Covid-19, jadi walaupun ada kelonggaran, kami pihak masjid masih kawal keluar masuk masjid ini, warga asing masih tidak dibenarkan, pintu masjid pun akan dikunci dan dibuka bila waktu solat sahaja,” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan hanya aktiviti solat dibenarkan di masjid dan surat bagi jemaah yang lengkap divaksin di seluruh negara mulai hari ini.

Tetapi, katanya, jemaah perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas masjid dan surau, serta mematuhi SOP ditetapkan, termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan memastikan jemaah terus pulang selepas selesai solat.

Sementara itu, seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Bahar, berterima kasih kepada kerajaan memberi kelonggaran kepada individu lengkap divaksin bersolat di masjid dan surau.

“Bersyukur sangat dah boleh berjemaah di masjid, terima kasih kerajaan. Bila dah lengkap dua dos vaksin, kita berani sikit nak keluar. Saya ni orang pencen, memang kalau boleh banyak masa nak ke masjid.”

Seorang lagi jemaah masjid, Adnan Ariffin sedikit risau dengan kelonggaran itu kerana bimbang pematuhan SOP sukar dipantau apabila jemaah bertambah.

Walaupun lengkap divaksin, katanya, kebanyakan jemaah sudah berumur dan bimbang mereka dijangkiti Covid-19 kerana ada yang menghidap penyakit lain.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.