https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pendirian Menjadikan Orang Makin Meluat


Oleh Mohd Sayuti Omar
 
Akhir penentuan keabasahan Mahiaddin Md Yassin sebagai perdana menteri akan ditentukan dalam sidang parlimen September nanti. 
 
Beliau mengakui masih ada majoriti dan ia diterima oleh Yang di-Pertuan Agong. 
 
Soalnya majoriti itu berdasarkan kepada SD (pengakuan ahli-ahli Parlimen) yang mana? 
 
Apakah yang awal atau terbaru setelah menolak 11 orang ahli parlimen Umno yang tarik sokongan? 
 
Jika ia bergantung kepada SD awal, ia tidak begitu menyakinkan kerana ia dianggap sudah tidak valid lagi. 
 
Membawa balik ke parlimen sedangkan itulah dituntut sebelum ini, sekali lagi menunjukkan KEDEGILAN Mahiaddin untuk tidak meletak jawatan dan menjadikan orang makin meluat kepadanya.
 
Dalam perutusan khas tadi Mahiaddin juga cuba menarik perhatian kononnya beliau seorang berprinsip tidak akan berkompromi dengan mereka yang dituduh di mahkamah agar membebaskan sebagai kontra sokongan kepadanya. 
 
Apa yang saya bayangkan beliau berlindung di sebalik orang-orang berkepentingan tampaknya benar. Dan ini menjadikan perdana menteri itu senantiasa kelelahan dan bimbang.
 
 Saya yakin beliau dipertahankan oleh desperado yang berada bersamanya.
 
Sejauh manalah indahnya berada dalam ward ICU yang dikawal ketat dan tidak dibenarkan pelawat.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.