https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyiddin akan tentukan keabsahan di Parlimen September


PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau akan menentukan keabsahannya di Parlimen pada September ini, menerusi usul undi percaya.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri, dan kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya dalam perutusan.

 

PM telah memaklumkan kepada YDP Agong bahawa beliau masih mempunyai majoriti sokongan daripada ahli-ahli parlimen.

 Usul Undi percaya kepada Perdana Menteri akan dibentangkan pada sidang dewan rakyat pada September - PM Muhyiddin
 
 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan meletak jawatan kerana masih mempunyai sokongan majoriti.
 
 PM Muhyiddin terima warkah YDP Agong yang maklumkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepadanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.