https://critoxium.com/shop/

Terkini

Soal perletakan jawatan Menteri


Kebanyakan orang awam tidak faham sahingga menuduh Menteri dan Timbalan Menteri UMNO tidak meletakkan sebagai tidak mematuhi arahan parti.

2. Saya mengimbau masa lalu. Di tahun 1978 bila mana kabinet membuat keputusan untuk prolamirkan darurat di Kelantan.
 
3. Sebelum mesyuarat kabinet, sudah menjadi pengetahuan awam bahawa Kerajaan akan mengistiharkan darurat di Kelantan yang mana kestabilan politik tidak menentu.
 
4. Kesemua Menteri dan Tim Menteri dari PAS telah membuat kenyataan akan tidak bersetuju Kelantan di istiharkan darurat.
 
5. Bagaimana pun mereka masih kekal dalam Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi bila kabinet bersetuju untuk mengistiharkan darurat, selepas Mesyuarat Kabinet baru mereka menghantar surat letak jawatan kecuali Timbalan Presiden Haji Hassan Adli.
 
6. Begitulah keadaannya. Di sebabkan masa sidang Parlimen para Menteri dan Ahli Parlimen PAS telah menentang usul tersebut.
 
7. Maka berdasarkan tindakan PAS itu. PAS di keluarkan dari Barisan Nasional.
 
8. Dan hari ini. Sejarah hampir sama. Para Menteri UMNO dan Tim Menteri dari UMNO perlu tahu sebaik sahaja Parti telah memutuskan menarik sekongan dari Kerajaan PN. 
 
9. Keputusan Parti yang terdahulu telah batal ia itu membenarkan Ahli Parlimen membuat keputusan dalam soal sokongan kepada Mahiaddin Yasin sebagai Perdana Menteri dan anggota Parti kena mematuhi keputusan parti. 
 
10. Maka soal Menteri dan Tim Menteri meletakan jawatan adalah salepas Mesyuarat Kabinet hari ini. Jika tidak mereka boleh di pecat keahliannya. 
 
Barang siapa engkar Perintah Parti. Tidak memerlukan Lembaga Disiplan membuat keputusan. Parti boleh memecat mereka sertamerta. -zmy
 
Sang Kelembai
Ogos 4. 2021
Kuala Lumpur

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.