Muhyiddin seharusnya tahu Perlembagaan itu 'non-negotiable' - Tok Mat
KUALA LUMPUR: Pelbagai tindakan yang diputuskan oleh kerajaan mempunyai risiko perundangan yang besar jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak segera meletakan jawatan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut beliau, ini kerana
Muhyiddin telah nyata hilang keabsahan dan kelayakan sebagai Perdana
Menteri setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.
“Semua keputusan Eksekutif tersebut boleh dicabar keabsahan serta keperlembagaannya.
“Ini meletakkan Kerajaan dalam kedudukan terdedah kepada pelbagai pertikaian undang-undang dan risiko kerugian kewangan.
“Bagi
mengelakkan negara terus berada dalam kancah kecelaruan Perlembagaan
sebegini, wajarlah pihak Eksekutif tampil dan melakukan tindakan yang
benar dan berpelembagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut
Mohamad, kerajaan seharusnya memudahkan Yang di-Pertuan Agong
melaksanakan tugas Perlembagaan baginda dan bukan bertindak sebaliknya.
“Tiada
yang lebih penting kepada seorang Perdana Menteri selain melaksanakan
tanggungjawabnya selari dengan batas dan mandat yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan.
“Perdana Menteri waktu ini
nampaknya bersendirian mempertahankan kedudukan yang tidak boleh
dipertahankan lagi. Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan ‘is non-negotiable’,” tegasnya.
Malah,
katanya dakwaan masih mempunyai majoriti oleh Perdana Menteri adalah
tindakan yang tidak berperlembagaan, apatah lagi apabila sengaja menunda
pengesahannya di Parlimen tanpa alasan yang wajar.
Terdahulu,
ketika menyampaikan Perutusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh
tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan
bipartisan.
Antara tujuh tawaran
tersebut ialah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti
di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa
mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran
automatik.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.