https://critoxium.com/shop/

Terkini

Perbetullah Kecacatan Minda


Oleh Mohd Sayuti Omar
 
Sempena tahun baru Hijri presiden Pas Abdul Hadi Awang telah membuat catatan "hijrah" dengan mempelawa parti-parti Melayu, Pas, Umno dan PBBM bersatu. Saya sokong penuh ajakan itu, itulah pelawaan untuk keharmonian negara. 
 
Tetapi apabila Abdul Hadi Awang tidak mengajak sama parti-parti lain, PKR, Amanah, DAP dan lain-lain semacam pelawaan atau cadangan itu penuh dengan kebencian dan dendam. 
 
Tidak terserlah jiwa besar seorang pemimpin dalam sebuah negara multi rical seperti Malaysia ini. Jauh sekali sebagai pemimpin bertaraf memimpin ummah (manusia). 
 
Apakah negara ini bumi Tuhan hanya untuk kaum Melayu sahaja? Nampaknya dalam minda presiden parti agama itu masih mengasingkan antara kaum di negara ini. 
 
Penuh kecurigaan dan kebencian. Bagi saya, pegangan seperti ini bertentangan dengan ajaran agama dan seruan Tuhan agar menghormati semua jenis manusi dan hormati hak asasi yang ada kepadanya. 
 
Sepatutnya apabila berganjak ke tahun baru, pemikiran, sikap pemimpin, uslub dakwah turut berubah dan tidak terus-terusan terbelenggu dengan perasaan curiga, dendam dan kebencian yang berasas nafsu yang tambah memburukkan keadaan.
 
Jikalau perlembagaan negara ini tidak menafikan kewujudan mereka, peranan mereka dan juga organisasi mereka kenapa kita nekad menafikannya. Pas boleh memperbetulkan kecacatan ini. 
 
Untuk kedamaian negara ini Pas patut menjadi pengaturnya bukan terus mencipta penghalangnya.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.