PH nampak bersedia terajui semula Putrajaya, tiada tentangan Pejuang dan Warisan - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dilihat lebih bersedia untuk menerajui kerajaan berbanding semasa pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
Penganalisis
politik dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Awang Azman Awang
Pawi berpandangan begitu selepas melihat tidak wujud sebarang masalah
antara PH dengan rakan-rakan parti komponen lain seperti Parti Warisan
Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
"Saya
kira, mereka bersatu, tidak ada isu. Dalam masa terdekat ini tidak
timbul lagi isu siapa bakal terajui kerajaan Pakatan Harapan.
"Berdasarkan situasi dan perkembangan semasa
yang kita pantau ketika ini, kita dapat lihat mereka seolah-olah sekata,
mempunyai 'musuh' yang sama dan matlamat yang sama.
"Mereka
selesaikan dahulu gerakan (menolak Tan Sri Muhyiddin) ini dan mereka
bersama-sama secara konsensus untuk putuskan ataupun sudah diputuskan
hala tuju mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas
lanjut, Awang Azman berkata tidak ada lagi suara dalam Warisan mahupun
Pejuang yang menolak atau melabelkan unsur negatif terhadap PH ataupun
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini seolah-olah meyakinkan rakyat bahawa mereka telah bersatu hati dan melupakan segala permusuhan lama.
"Tumpuan
mereka yang akan datang adalah untuk menubuhkan kerajaan dan memastikan
perang melawan pandemik COVID-19 dapat dilaksanakan dengan lebih
efisien lagi," katanya.
Muhyiddin dalam
Perutusan Khasnya pada 4 Ogos lepas memaklumkan Yang di-Pertuan Agong
telah memberi perkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen
melalui undi percaya pada September ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.