Soal PH ambil alih kerajaan belum timbul, selesaikan dahulu isu majoriti sokongan kepada PM - Mujahid
KUALA LUMPUR: Soal Pakatan Harapan (PH) bersedia atau tidak untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan tidak timbul buat masa ini, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Ahli
Parlimen Parit Buntar itu berkata, yang perlu diberi keutamaan terlebih
dahulu buat masa kini ialah polemik tentang teras demokrasi berparlimen
– iaitu majoriti sokongan Ahli Parlimen merupakan asas kepada keabsahan
kerajaan sedia ada.
Tegasnya
lagi, semua pihak sedia maklum Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin
Yassin) telah hilang keabsahan selepas 14 Ahli Parlimen dari UMNO tidak
lagi menyokong beliau, dan soal asas demokrasi itu yang sedang
dipertahankan PH.
“Kita hanya berbicara
di sini Tan Sri Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional, walaupun
tidak dilakukan di Parlimen, tetapi apabila kita melihat angka terbukti
beliau kini tinggal 100 sahaja lebih kurang yang menjadi blok menyokong
Kerajaan.
“Hampir
120 (Ahli Parlimen) itu telah menolak kepimpinan Kerajaan Muhyiddin.
Isunya kita selesaikan dulu dari sudut teras demokrasi, berpandukan
keabsahabn kerajaan dilihat kepada majoriti di Parlimen. Itu pandangan
saya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
UMNO
pada Isnin mengesahkan dua warkah telah diutuskan kepada Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
masing-masing bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos lalu.
Menerusi laporan portal UMNO Online, kedua-dua warkah tersebut ditandatangani Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik
surat bertarikh 30 Julai, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan
Datuk memaklumkan warkah tersebut diutuskan kepada Al-Sultan Abdullah
bertujuan mempersembahkan Surat Akuan ahli-ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) yang membuat perakuan menarik balik sokongan terhadap Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Jelas Ahmad Zahid
lagi, pendirian itu seiring dengan keputusan UMNO yang diputuskan
melalui resolusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 7 Julai lalu.
Sehari
selepas UMNO menyatakan parti itu telah menghantar surat akuan kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, giliran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan
Sabah (Warisan) pula mengesahkan perkara sama.
Ketua
Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin pada Selasa memaklumkan,
semua Ahli Parlimen parti itu telah menghantar surat akuan tersebut
kepada Seri Paduka Baginda pada petang semalam (Isnin).
Muhyiddin
dalam Perutusan Khasnya pada 4 Ogos lepas memaklumkan Yang di-Pertuan
Agong telah memberi perkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di
Parlimen melalui undi percaya pada September ini.
Dalam
pada itu, Mujahid berkata, beliau sebagai seorang ahli legislatif
berpandangan adalah menjadi tanggungjawab semua Ahli Parlimen untuk
memperakui teras demokrasi, iaitu jumlah sokongan sebenar terhadap
Perdana Menteri.
“Kerana persoalan (terhadap keabsahan Kerajaan Persekutuan) terletak di situ,” katanya lagi.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.