https://critoxium.com/shop/

Terkini

Semua Parti Tidak Ada Majoriti , Apa Selanjutnya ?


Oleh Mohammad Agus Yusoff

1. YDPA akan menggunakan kuasa budi bicara melantik PM yang pada hemat baginda seorang ahli Dewan yang mendapat sokongan majoriti.

 
2. Ini bererti wujudnya kerajaan minoriti. Untuk mengukuhkan kerajaan, tindakan terbaik ialah PM tawarkan CSA sepertimana yang PM TSMY tawarkan kepada pembangkang 3 hari lepas. 
 
3. Jika tidak, PM ada pilihan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan rentas parti. Ini lebih praktikal.
 
4. Bagaimana jika PM kerajaan minoriti memerintah tanpa menawarkan CSA atau menubuhkan kerajaan perpaduan? Politik negara tidak stabil dan ekonomi negara merudum.
 
5. Sebagai permulaan selepas memerintah, kerajaan baharu perlu melakukan perkara berikut: jangan ulangi kesilapan kerajaan BN, kesilapan kerajaan PH, dan kesilapan kerajaan PN.
 
6. Apa itu kesilapannya? Bentuklah panel untuk mengkaji dan menilainya.
 
7. Perintahlah! Rakyat akan terus menyokong tindakan kerajaan yang betul dan adil. 
 
 Rakyat sudah lama lelah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.