https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zahid Dan Najib Tak Untung Apa Apa

 


Oleh Mohd Sayuti Omar

Kluster mahkamah dalam Umno tidak mendapat keuntungan apa² walaupun Naib Presiden mereka Ismail Sabri Yaakob jadi perdana menteri. 

 
Zahid Hamidi, Najib Razak, Mat Poklan dan lain² mengharap ada sesuatu benefit untuk mereka dengan menaikkan Ismail Sabri sebagai PM.
 
Mereka beriya berpakat dengan PH untuk jatuhkan Mahiaddin kemudian Umno curi kesempatan untuk naikkan Ismail Sabri. Umno mengambil kesempatan terbaik dari kejatuhan Mahiaddin. Walaupun Umno berpakat dengan PH, Mahiaddin jatuh, PH yang tertipu hidup-hidup.
 
Amaran diberikan Mahiaddin supaya Ismail tidak lantik kluster mahkamah dalam kabinetnya dan hendaklah tidak gunakan kuasa untuk bebas Zahid dan Najib merupakan kunci gajah kepada Ismail Sabri.
Amaran bersyarat itu menyebabkan Ismail Sabri terpaksa akur kalau sayangkan jawatan. 
 
Dengan kedudukan majoriti tipis Ismail boleh disenjah jatuh bila² masa oleh Mahiaddin jika berpakat dengan PH. Ph pula kalau sapa² ajak naik ke bulan diterima saja tanpa soal

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.