https://critoxium.com/shop/

Terkini

1,400 tahanan Palestin mogok lapar di penjara Israel

 


HAMPIR 1,400 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel akan melakukan mogok sebagai tunjuk perasaan terhadap penangkapan mereka sejak insiden tahanan lolos dari penjara minggu lepas, kata pihak berkuasa Palestin semalam.

Ketegangan semakin meningkat apabila enam tahanan melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi di utara Israel pada 6 September menerusi terowong yang digali di bawah sinki. Empat daripadanya sudah ditahan semula.

Ratusan tahanan dipindahkan ke penjara lain dan barangan peribadi disita dalam pencarian yang dilakukan oleh pengawal, menurut Kelab Tawanan Palestin.

“Situasi sangat buruk di penjara, oleh sebab itu mereka melakukan mogok makan,” kata Qadri Abu Bakr, ketua suruhanjaya tahanan PBB untuk tahanan, kepada AFP.

Beliau berkata, 1,380 tahanan – daripada lebih 4,000 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel akan memulakan mogok pada Jumaat yang turut disertai banduan lain pada minggu depan.

Abu Bakr menambah bahawa perbincangan antara pihak berkuasa penjara Israel dan wakil tahanan belum mencapai sebarang kesepakatan setakat ini.

Palang Merah mengatakan Israel memutuskan untuk membenarkan mereka melawat tahanan selepas ditangguhkan minggu lalu.

Tetapi Abu Bakr menyatakan keprihatinan atas nasib empat tahanan yang melarikan diri yang tidak dibenarkan dikunjungi Palang Merah.

Peguam Palestin Khaled Mahjana memberitahu AFP bahawa dia akan bertemu dua daripada empat tahanan – Yaqub Qadri dan Mohammad Ardah – pada Selasa petang.

Abu Bakr juga menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan seorang tahanan yang ditahan semula, Zakaria Zubeidi selepas media sosial melaporkan dia sudah dihantar ke hospital.

Pihak berkuasa penjara pada Isnin berkata bahawa dia masih dalam tahanan dan belum dimasukkan ke hospital. – AFP

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.