https://critoxium.com/shop/

Terkini

130 petani diarah kosongkan tanah diusaha

 


PETALING JAYA: Lebih 130 petani generasi ketiga di Kanthan, Perak, diarahkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) supaya mengosongkan lebih 1,000 ekar tanah diusahakan sejak lebih enam dekad lalu, kata Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

Katanya, tindakan itu mungkin memberi kesan terhadap sekuriti makanan negara, memandangkan kawasan itu adalah penghasil sayuran terbesar di negeri berkenaan. Ini seterusnya boleh mengakibatkan harga sayur terus naik lagi.

Beliau memberitahu FMT, kawasan Kanthan menghasilkan 50 hingga 60 tan sayur seharian.

Jeyakumar menyuarakan kebimbangan terhadap kesan pengusiran itu terhadap harga sayur, yang juga antara topik terhangat dibincangkan negara ketika ini.

Katanya, tanah itu diberikan kepada PKNP oleh kerajaan negeri Perak lebih 10 tahun lalu, walaupun peladang mengusahakannya sejak lebih 60 tahun.

Pada 2 Dis lalu, PKNP menyerahkan surat kepada petani berkenaan memaklumkan bahawa mereka menduduki tanah yang bukan milik mereka, seterusnya diarahkan mengosongkannya dalam tempoh 30 hari atau tindakan undang-undang akan dikenakan.

Dr Michael Jeyakumar Devaraj bercakap kepada petani berkenaan di Kanthan, Perak, pada Sabtu.

Jeyakumar, bekas Ahli Parlimen Sungai Siput dari 2013 hingga 2018 berkata, beliau percaya tanah itu akan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian.

“Kami merayu kerajaan negeri membatalkan pembangunan di kawasan itu. Kita lebih memerlukan sekuriti makanan,” katanya.

Walaupun petani berkenaan bukan pemilik sah tanah terbabit – yang telah diubah suai menjadi kebun oleh generasi terdahulu – Jeyakumar berkata, mereka sanggup membayar sewa. Mereka sebelum ini memohon untuk lesen pendudukan sementara namun gagal.

FMT sedang cuba mendapatkan respons PKNP.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.