https://critoxium.com/shop/

Terkini

‘Pertimbang cadangan gabung PKR dan Amanah’


 Mantan ketua Pemuda PKR (AMK) Selangor Mohd Najwan Halimi menggesa PKR dan Amanah mempertimbangkan cadangan penggabungan dua parti itu seperti diusulkan ahli akademik.

“Saya mengusulkan agar cadangan serta pandangan yang dikemukakan oleh beliau diteliti dan dipertimbang sewajarnya oleh majlis pimpinan kedua-dua parti.

“Umum sedia maklum, kedua-dua parti memiliki citra politik yang sama yakni mengangkat agenda Reformasi, mendukung prinsip keadilan sosial serta membela hak dan kebajikan rakyat terbanyak,” katanya.

Najwan Halimi 

Malaysiakini Sabtu lalu melaporkan penganalisis politik Wong Chin Huat mencadangkan penggabungan kedua-dua parti itu susulan kecundangnya Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri Melaka.

Katanya, Amanah tidak wajar terus bersaing dengan PAS melalui isu seperti arak dan judi, yang boleh menyebabkan pengundi bukan Melayu dan liberal meninggalkan mereka.

Menurut Wong, PH - terutamanya PKR dan Amanah - harus menekankan isu ekonomi dan jurang dalam masyarakat.

Katanya, penggabungan kedua-dua parti itu juga akan membolehkannya menggantikan DAP sebagai parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 46 orang ahli parlimen, sekali gus

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.