https://critoxium.com/shop/

Terkini

Debat Anwar-Najib mesti jadi jangan pula batal saat akhir kerana kuarantin

 


Debat Anwar-Najib mesti jadi jangan pula batal saat akhir kerana kuarantin. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan Sapura Energy yang dijadualkan 12 Mei ini mesti berlangsung dengan lebih berkesan.

Prof. Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata isu ini perlu diperdebatkan kerana beliau mahu menilai siapa yang lebih mempunyai isi dan fakta, dan menilai kehebatan pemimpin mengemukakan hujah dan mempertahankan hujah masing-masing.

Beliau mengharapkan debat ini berjalan dengan lebih berkesan serta meminta penganjur menyusun terlebih dahulu syarat dengan kemas dan baik termasuk moderator yang perlu cekap dan menguasai ilmu tentang masalah Sapura Energy ini.

“Jangan pula tergelincir tajuk.

Debat Anwar-Najib mesti jadi jangan pula batal saat akhir kerana kuarantin
Prof. Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

“Cumanya lagi, jangan pula debat ini dibatalkan di saat akhir atas alasan panel kena kuarantin, tidak sesuai atas alasan keselamatan, dan lainnya.

“Debat ini perlu jadi dan In Shaa Allah, 12 Mei ini, rakyat yang akan menunggu siaran langsung,” kata beliau.

“Ingat, debat ini mencari kebenaran bukannya populariti. Rakyat menilai,” katanya lagi

Beliau percaya ramai yang mempersoalkan apakah debat daripada dua tokoh ini perlu, dan apa yang rakyat akan dapat daripada debat ini.

“Debat seperti ini membazirkan masa?

“Apapun sikap mereka yang pesimis tentang debat ini, saya bersetuju ia diadakan untuk mencari jawapan kepada tiga pertanyaan berikut tentang Sapura Energy.

“Pertama, perlukah kerajaan menyelamatkan Sapura Energy? Najib menyatakan ia perlu demi menjaga kepentingan institusi awam melalui PNB dan KWAP yang menjadi pemegang saham syarikat tersebut.

“Kedua, apakah wajar CEOnya mendapat gaji yang begitu lumayan? Mengikut Rafizi, “… meraih hampir RM1.1 bilion dari 2009 hingga 2021 dalam bentuk gaji, bonus, sewa, yuran harta intelek dan bentuk imbuhan lain.”“Ketiga, sebagai institusi awam kenapa Sapura Energy bermasalah? Apakah kerana rasuah, campur tangan politik, atau salah urus?”soal beliau.

Debat ini akan berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada jam 9.00 malam 12 Mei ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.