https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tolong hentikan perang, Piala Dunia perkara kedua - Zinchenko

 


Glasgow: Pemain pertahanan Ukraine, Oleksandr Zinchenko menangi menjelang perlawanan play-off Piala Dunia menentang Scotland dan menyatakan perkara paling penting adalah keamanan di negaranya.

Ukraine yang diserang Rusia pada Februari lalu, akan berdepan Scotland di Hampden Park, hari ini dan jika menang, akan menentang Wales di Cardiff pada Ahad ini untuk ke pusingan akhir Piala Dunia di Qatar pada November depan.

Tetapi, Zinchenko yang bermain dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, berkata prospek layak ke Piala Dunia adalah perkara kedua berbanding situasi aman di negaranya yang menjadi keutamaan.

"Setiap rakyat Ukraine mahukan satu perkara iaitu hentikan peperangan ini. Saya bercakap dengan rakyat negara lain dari seluruh dunia, saya bercakap dengan kanak-kanak Ukraine yang tidak faham apa sedang berlaku di Ukraine. Mereka hanya mahukan satu impian iaitu peperangan ini berakhir," katanya.

"Apabila bercakap mengenai bola sepak, pasukan kami memiliki impian sendiri. Kami mahu ke Piala Dunia, mahu memberikan emosi hebat kepada rakyat Ukraine kerana meerka berhak menikmati detik indah pada saat ini," katanya.

Zinchenko menunjukkan emosi di dalam dan luar padang sejak peperangan bermula dan ketika berada di dalam auditorium bersama jurulatihnya, Oleksandr Petrakov, memang jelas kesan kejadian itu terus mengganggunya.

"Memang mustahil untuk menjelaskan perasaan ini kerana anda tidak berada dalam situasi sama. Perkara yang berlaku di negara kami sekarang sudah diterima. Malah, saya tidak mampu menjelaskan mengenainya," katanya.

"Jadi, sebab itulah kami perlu menghentikan keganasan ini bersama-sama dan kami perlu menang kerana Ukraine adalah negara bebas. Ukraine tidak akan mengalah," katanya.

"Tetapi masalahnya, mungkin banyak negara yang tidak faham bahawa hari ini mungkin nasib Ukraine, tetapi esok mungkin anda pula. Jadi, sebab itu kita perlu bersatu dan menewaskan keganasan sepenuhnya."

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.