https://critoxium.com/shop/

Terkini

WhatsApp Ingin Tambah Ciri Menyunting Mesej

 


WhatsApp kini dilihat sedang membangunkan sebuah ciri baharu, yang ingin membolehkan orang ramai menyunting sesuatu mesej yang telah dihantar.

Untuk makluman, ciri ini telah dibangunkan sejak 5 tahun lepas, dan selepas sekian lama ditinggalkan, WhatsApp kini dikatakan sedang merancang untuk menambah kembali ciri ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak WhatsApp akan memperkenalkannya. Dengan perkongsian terbaru daripada WABetaInfo ini, sama-sama kita nantikan lanjut perkembangan ciri WhatsApp ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.