https://critoxium.com/shop/

Terkini

Henti retorik, BN jelas telah ditolak rakyat Selangor sejak 2008


Berhenti retorik laksanakan dahulu penurunan 50% harga barangan asas di peringkat persekutuan sebelum beretorik menabur janji.

MCA yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini sepatutnya mendesak pihak kerajaan untuk segera menangani inflasi dan menurunkan harga barang makanan asas.

Ketua MCA Selangor, Ng Chok Sin tidak berpijak dibumi yang nyata apabila mencadangkan harga rumah mampu milik yang dibina di bawah program kerajaan negeri dikurangkan daripada RM250,000 kepada RM125,000 apabila BN berjaya merampas negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Suka untuk saya ingatkan bahawa Projek rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor antara Projek Perumahan Mampu Milik di Malaysia yang merangkumi semua golongan bermula daripada berpendapatan rendah hingga pertengahan.

Harga Rumah bermula daripada harga RM42,000 hingga RM250,000.

MCA dan BN telah memerintah Selangor sebelum ini lebih daripada 50 tahun bukan sahaja gagal memberi diskaun 50% kepada rakyat malah gagal membina rumah mampu milik untuk rakyat selangor.

Berhenti beretorik dan kembali kepada realiti bahawasanya MCA dan BN telah ditolak secara total oleh rakyat Selangor sejak tahun 2008.

Ketua MCA Selangor, Ng Chok Sin perlu mendesak kerajaan persekutuan membantu rakyat yang terpaksa mencatu makanan akibat harga barangan asas yang melonjak naik tanpa kawalan.

Rakyat Selangor tidak akan pernah lupa dan sentiasa menjadikan pengajaran bagaimana selama lebih 50 tahun MCA dan BN mentadbir negeri Selangor dengan menarah segala hasil negeri demi kepentingan peribadi semata-mata.


Danish Hairudin ialah Setiausaha PKR cabang Kota Raja

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.