Lelaki ditahan kerana tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II
ARAB Saudi menahan seorang individu yang dipercayai menunaikan ibadah umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.
Lelaki warga Yaman itu ditahan selepas dia memuat naik rakaman video yang kemudian menjadi tular di media sosial pada Isnin.
Media melaporkan lelaki berkenaan telah melanggar peraturan umrah apabila bertindak membawa sepanduk yang ditujukan untuk mendiang ratu ke dalam kawasan Masjidil Haram di Makkah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.