https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pas tak rindu Khairuddin langsung

 


ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan parti itu sama sekali tidak merindui ‘pemergian’ Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali yang meninggalkan parti itu, Mac lalu. 

Malah Menteri Besar Kedah itu berkata, Pas ketika ini tampak lebih segar dan aktif dalam pelbagai medan termasuk politik selepas Mohd. Khairuddin meninggalkan parti itu. 

Kenyataan tersebut dibuat Muhammad Sanusi ketika diminta mengulas mengenai ajakan Mohd. Khairuddin agar pemimpin Pas dan UMNO kembali mengukuhkan hubungan sempena ulang tahun ketiga penubuhan Muafakat Nasional (MN), hari ini. 

“Saya rasa Pas mendahului Khairuddin dalam hal tersebut (mengukuhkan hubungan dengan UMNO). Ada usul berhubung perkara itu di muktamar, diluluskan di Dewan Ulama Pas Pusat dan diluluskan dalam Muktamar Pas yang berlangsung pada 4 September lalu. 

“Hari ini berapa hari bulan dah? Maknanya kita mendahului dialah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman d sini, hari ini. 

Menerusi laman Facebooknya semalam, Mohd. Khairuddin berkata, bicara muafakat yang terbina antara dua parti itu perlu seiring dengan tindakan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, sekiranya kedua-dua parti itu tidak mampu bersama sekali pun, setidak-tidaknya mereka perlu bersilaturahim dan berukhuwah sebagai saudara muslim dan ahli politik muslim. 

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, Pas ketika ini tetap lincah di medan politik, dakwah, tarbiyah dan pendidikan tanpa Mohd. Khairuddin.

“Kita tetap lincah, aktif, segar dan bugar tanpa sebarang kelayuan,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.