https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kejatuhan kerajaan PN harus diteladani kerajaan hari ini, kata Anwar

 


KUALA LUMPUR: Kegelojohan merebut habuan kekuasaan dan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus diteladani oleh parti kerajaan hari ini mengenai keterlanjuran yang meruntuhkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga presiden PKR berkata, meskipun jawatan penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.

“Kisah Perang Uhud wajar dijadikan pedoman dalam perjuangan siasah kita sebagai kerajaan yang masih baharu ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam.

Ads by Kiosked

Pada masa sama, Anwar menegaskan bahawa kerajaan perpaduan pimpinannya bukanlah sempurna namun berusaha melaksanakan formula dan usaha terbaik untuk negara yang tidak dilakukan kerajaan sebelum ini.

“Kerjasama yang digalas bersama dengan parti yang lain setakat ini ternyata positif dan meyakinkan. Kerajaan ini juga tidak akan berkompromi dengan provokasi perkauman-agama yang boleh meruntuhkan usaha jangka panjang kerajaan perpaduan menyelamatkan negara ini,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.