https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mahiaddin Elok Bertenang


Oleh Mohd Sayuti Omar

Pendakwaan Mahiaddin atas tuduhan rasuah dan mengubah wang haram menjadikan pembangkang khasnya Bersatu meroyan. Tindakan itu dianggap sebagai pendakwaan terpilih dan satu pengzaliman.

Mereka percaya dan terpesona dengan penampilan Mahiaddin sebagai bekas PM pandai berdoa menganggap tindakan terhadap Mahiaddin itu sebagai zalim. Mereka tidak percaya kalau Mahiaddin yang mencemuhi Najib berbuat perkara sama.

Mahiaddin sendiri menyifatkan pendakwaan ke atasnya itu untuk menghitamkan politiknya dan burukkan kekuarganya. Ramai juga termakan dengan spinnya itu.

Bagaimana pun bagi mereka waras dapat menilai dan pertimbangkan apa yang berlaku itu. Pendakwaan terhadap MP Pagoh itu pasti dengan bukti dan fakta yang kukuh.

Manakala Peguam Negara pula ada pertimbangan wajar dan kuat untuk dakwa Mahiaddin. Sebagai penguatkuasa dan penegakan undang² AG tidak memandang bulu akan bertindak terhadap siapa yang salah waima ia vvip. Bukan sahaja Mahiadiin Anwar Ibrahim sendiri pernah didakwa. Jadi apa istimewanya Mahiaddin.

Keluhuran institusi undang² dan kehakiman masi masih masih utuh dan berintegriti. Jika kita tidak menyanjungi siapa lagi. Usah gugat dan meragui institusi itu.

Terbaik bagi Mahiaddin usaha melepas diri jangan pengaruhi keadaan dan jadi pendakwaan itu sebagai isu politik. Apa yang patut beliau lakukan jawab dan buktikan dalam mahkamah bahawa semua tuduhan ke atasnya itu hanya rekaan dan diada adakan untuk menganiannya.

Kita bimbang lagi lantang beliau menyalahkan pendakwaan itu menjadikan orang makin meluat kepadanya. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.